Tuesday, August 16, 2022

ANUGERAH STEVIE® MENGUMUMKAN PEMENANG DALAM INTERNATIONAL BUSINESS AWARDS® TAHUNAN KE-19 DARI SELURUH DUNIA

3,700 Pencalonan Dikemukakan daripada Pertubuhan di 67 Negara

FAIRFAX, Va., 16 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Organisasi dan eksekutif yang berprestasi tinggi di seluruh dunia telah diiktiraf sebagai pemenang Anugerah Stevie® Emas, Perak, dan Gangsa dalam International Business Awards® Tahunan ke-19, satu-satunya program anugerah perniagaan antarabangsa dan yang menyeluruh di dunia.

Pemenang dipilih daripada lebih daripada 3,700 pencalonan yang diserahkan oleh organisasi di 67 negara.

Senarai lengkap semua pemenang Anugerah Stevie Emas, Perak dan Gangsa 2022 mengikut kategori tersedia di www.StevieAwards.com/IBA.

Lebih daripada 300 eksekutif di seluruh dunia mengambil bahagian pada 11 juri untuk menentukan pemenang Stevie.

Pemenang teratas Anugerah Stevie Emas, Perak, dan Gangsa ialah HALKBANK of Istanbul, Turki dengan 32 pingat. Pemenang-pemenang lain bagi pelbagai Anugerah Stevie termasuk IBM Corporation (21), LLYC (20), Deutsche Post DHL (19), Abu Dhabi Ports Group (17), Viettel Group (17), OPET (15), Telkom Indonesia (13), ZER (13), Ayala Land Inc. (12), Ooredoo (12), Globe Telecom (10), PJ Lhuillier, Inc (PJLI) (10), Enerjisa Enerji (9), Wolters Kluwer (9), Strategic Public Relations Group (8), pH7 Communications (8), Tata Consultancy Services Inc. (8), Adfactors PR (8), Jeunesse Global (7), Bank of Montreal, (6), Canadian Tire Corporation (6), HeyMo The Experience Design Company (6), Octopus Energy (6), Sleepm Global Inc. (6), VUMI Group (6) dan VNPT VinaPhone Corporation (6).

IBM, sebuah syarikat teknologi multinasional yang beribu pejabat di Armonk, NY Amerika Syarikat memenangi sembilan Anugerah Stevie Emas, lebih banyak berbanding mana-mana organisasi lain dalam pertandingan ini.

Semua organisasi di seluruh dunia layak untuk bersaing dalam IBAS, dan boleh menghantar pencalonan dalam pelbagai kategori untuk pencapaian dalam pengurusan, pemasaran, perhubungan awam, perkhidmatan pelanggan, sumber manusia, produk dan perkhidmatan baharu, teknologi, tapak web, aplikasi, acara, dan banyak lagi. 

Anugerah ini akan disampaikan semasa acara gala di London, England pada 15 Oktober 2022.

ANUGERAH STEVIE® MENGUMUMKAN PEMENANG DALAM INTERNATIONAL BUSINESS AWARDS® TAHUNAN KE-19 DARI SELURUH DUNIA

No comments:

Post a Comment