Monday, August 1, 2022

WEJO SERTAI KONSORTIUM MONET UNTUK LANJUTKAN INOVASI MOBILITI ANTARABANGSA

 Wejo merupakan satu daripada senarai syarikat yang semakin berkembang yang menyertai Konsortium itu bagi menyokong gerakan bersatu bagi inovasi mobiliti

 
MANCHESTER, England, 1 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Wejo, peneraju global dalam Smart Mobility for Good™ serta penyelesaian dan perisian awan untuk kenderaan terhubung, elektrik dan autonomi, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menyertai Konsortium MONET iaitu sebuah organisasi yang aktif mempromosikan kerjasama dan inovasi untuk perkhidmatan mobiliti di Jepun. Sebagai sebahagian daripada Konsortium MONET, Wejo akan berpeluang menjalinkan kerjasama dengan syarikat yang dipilih daripada ratusan ahlinya yang pelbagai dan terkemuka dalam industri untuk memacu ke hadapan inovasi mobiliti dan pasaran mobiliti sebagai perkhidmatan (MaaS), yang dianggarkan bernilai $61 bilion pada 2030, menurut Institut Penyelidikan Yano.

Dengan menampilkan penyelesaian terbaharunya, Wejo akan memberikan perspektif dan idea baharu kepada perbincangan menyeluruh sambil memperluaskan pengaruhnya di Jepun, yang mempunyai ekonomi ketiga terbesar di dunia dan tahap pembandaran tinggi, yang menjadikannya layak untuk menerima insentif bagi membangunkan inovasi mobiliti pintar. Jepun, menurut laporan Statista bertajuk "Sektor Automobil di Jepun", juga mengeluarkan 8.1 juta kenderaan setahun, yang sejajar dengan matlamat Wejo untuk menghasilkan impak global lebih meluas dengan data kenderaan terhubung dan teknologi Smart Mobility for Good™.

“Dengan jangkaan pertumbuhan tawaran MaaS di Jepun, kami melihat adanya potensi untuk menangani pasaran hampir tiga bilion dolar menjelang 2030 bagi produk dan perkhidmatan Wejo Smart Mobility for Good,” kata Richard Barlow, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Wejo. “Kami berasa bangga kerana dapat  menjadi sebahagian daripada Konsortium MONET selain menjadi  sebahagian daripada perbincangan yang akan membantu mempercepatkan lagi inovasi mobiliti di Jepun.”

Diasaskan pada Mac 2019 oleh MONET Technologies, Inc., sebuah usaha sama tajaan melibatkan SoftBank Corp., Toyota Motor Corporation dan syarikat tumpuan mobiliti lain, ia merangkumi organisasi daripada pelbagai industri seperti pembinaan, kewangan, pendidikan dan hartanah. Dengan pelbagai syarikat menyertainya, Konsortium MONET mengambil kesempatan daripada kepelbagaian pemikiran yang boleh meningkatkan dan memberi perkhidmatan lebih baik kepada teknologi mobiliti yang digunakan oleh kerajaan dan perniagaan masa kini, selain daripada yang sedang dibangunkan untuk kerajaan dan perniagaan masa depan. Menerusi pembangunan perniagaan MaaS yang menjangkakan penyelesaian autonomi, Konsortium MONET memberi tumpuan kepada memacukan perkhidmatan mobiliti generasi akan datang, menangani isu-isu sosial dalam mobiliti serta mewujudkan nilai mobiliti.

Peranan Wejo dalam Konsortium MONET adalah untuk menawarkan input pakar bagi menambah baik ekosistem mobiliti. Hasil daripada  sumbangannya itu, Wejo berharap dapat memperoleh pelbagai pandangan bermanfaat daripada syarikat-syarikat yang menjadi ahli konsortium itu bagi mewujudkan rangkaian produk analitik data yang lebih holistik supaya ia dapat menangani keperluan bakal pelanggannya dengan lebih baik.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Konsortium MONET, layari https://consortium.monet-technologies.com/.
 
Mengenai Wejo

Wejo Group Limited ialah peneraju global bagi analitik awan dan perisian untuk kenderaan terhubung, elektrik dan autonomi, merevolusikan cara kita hidup, bekerja dan mengembara dengan mengubah dan mentafsir data kenderaan bersejarah dan masa nyata. Wejo membolehkan mobiliti pintar Smart Mobility for Good™ dengan menyusun trilion titik data yang dikumpul daripada kira-kira 13 juta kenderaan dan 76.7 bilion perjalanan setakat ini, yang merentasi pelbagai jenama, keluaran dan model, dengan kemudian menyeragamkan dan meningkatkan aliran data tersebut padaskala  meluas. Wejo menjalinkan kerjasama dengan syarikat dan organisasi yang beretika dan berfikiran sama untuk mengubah data menjadi wawasan yang memberi nilai kepada pengguna. Dengan mempunyai  data, maklumat dan risikan yang menyeluruh dan diyakini, Wejo sedang mencipta dunia yang lebih pintar, selamat dan mampan untuk semua. Ditubuhkan pada 2014, Wejo mempunyai lebih 300 pekerja di pejabat-pejabatnya di Manchester, UK dan di rantau di mana Wejo menjalankan perniagaannya di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.wejo.com atau berhubung dengan kami di LinkedInTwitter, dan Instagram.
 
Kenyataan Berpandangan Ke Hadapan

Komunikasi ini mengandungi "kenyataan berpandangan ke hadapan" yang terkandung dalam maksud "selamat” peruntukan Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian Amerika Syarikat 1995. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari pautan ini:

https://www.wejo.com/forward-looking-statements

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20220729005025/en/


Hubungi

Media:
Ben Hohmann, Wejo
ben.hohmann@wejo.com

Danielle Montana, Peppercomm bagi pihak Wejo
dmontana@peppercomm.com

Pelabur:
Tahmin Clarke, Wejo
tahmin.clarke@wejo.com

Sumber : Wejo Group Limited

No comments:

Post a Comment