Thursday, August 11, 2022

KONSTANTINOS FAKIOLAS DILANTIK PENGURUS PEMBANGUNAN PERNIAGAAN UNTUK KUMPULAN NIKKISO CLEAN ENERGY AND INDUSTRIAL GASES DI EROPAH

TEMECULA, Calif., 11 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Kumpulan Nikkiso Cryogenic Industries Clean Energy & Industrial Gases (“Kumpulan”), sebahagian daripada kumpulan syarikat Nikkiso Co., Ltd (Jepun), gembira untuk mengumumkan bahawa Konstantinos Fakiolas telah dilantik sebagai Pengurus Pembangunan Perniagaan untuk Unit Pam Kumpulan Cryogenic.

Kostas ialah Arkitek Laut & Jurutera Marin, MSc, MBA, graduan dari Universiti Teknikal Kebangsaan Athens Greece, dengan pengkhususan selama 24 tahun dalam aplikasi teknologi kapal yang melibatkan sistem LNG, teknologi alam sekitar, tenaga boleh diperbaharui dan kecekapan tenaga.

Beliau telah bekerjasama rapat dengan penyedia Teknologi untuk pembangunan perniagaan marin mereka, sementara terlibat secara meluas dengan Asian Shipyards untuk bangunan baharu dan rundingan kontrak naik taraf kapal sedia ada serta pengurusan projek.

Sepanjang kerjayanya, beliau telah menggalas jawatan sebagai pereka kapal, juruukur kapal untuk pentadbiran bendera, penyelia lapangan bangunan baharu, pengurus projek kontrak bangunan baharu, pengarah jualan antarabangsa dan rakan kongsi pembangunan perniagaan untuk penyedia teknologi yang bertindak pada skala global.

Dalam peranan ini, beliau akan mengurus dan melaksanakan strategi pembangunan perniagaan global ke arah membesarkankan dan mengembangkan portfolio produk, penyelesaian dan perkhidmatan Nikkiso Clean Energy dalam segmen pasaran marin. Strategi ini termasuk meningkatkan daya saing dan kebolehgunaan dalam projek marin, pembangunan dan pengurusan produk dan kerjasama strategik dengan rakan kongsi industri. Kostas akan berpangkalan di Eropah dan akan melaporkan terus kepada Mike Wells, Pengurus Jualan Teknikal, Pembangunan Perniagaan, Unit Kumpulan Pam Clean Energy & Industrial Gases Nikkiso.

“Pengalaman, kenalan, industri dan pengetahuan pasaran Konstantinos yang luas akan memainkan peranan penting dalam membangunkan peluang baharu dalam pasaran Marin dan memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami,” menurut Ole Jensen, Naib Presiden, NCEIG Europe.

Dengan penambahan ini, Nikkiso meneruskan komitmen mereka untuk menjadi kehadiran global dan tempatan bagi pelanggan mereka.

KONSTANTINOS FAKIOLAS DILANTIK PENGURUS PEMBANGUNAN PERNIAGAAN UNTUK KUMPULAN NIKKISO CLEAN ENERGY AND INDUSTRIAL GASES DI EROPAH

No comments:

Post a Comment