Thursday, August 4, 2022

TDK MENGANJURKAN KLINIK 'RISING STARS' KEEMPAT DI WCH OREGON22

 

Sinclaire Johnson, Valerie Adams, Trey Cunningham, dan Ashton Eaton (dari kiri) dengan para pelajar mereka di TDK Rising Stars Clinic di WCH Oregon22. (Foto: Business Wire)

Atlet Terkemuka Menjadi Mentor Kepada Para Remaja di Kejohanan Olahraga Dunia

EUGENE, Ore., 3 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sebagai sebahagian daripada Kejohanan Olahraga Dunia Oregon 22 (WCH Oregon22) yang dianjurkan pada 15-24 Julai di University of Oregon Hayward Field di Eugene, Oregon, Amerika Syarikat penganjur rasmi iaitu IAAF dan rakan kongsi kejohanan TDK Corporation (TOKYO:6762) mengadakan Klinik ‘Rising Stars’ (RSC) kali keempat yang merupakan inisiatif unik yang memberikan peluang kepada para atlet muda untuk mengikuti latihan dengan dan belajar daripada, atlet trek dan padang yang terkemuka dulu dan sekarang.
 
Siaran akhbar ini mengandungi multimedia.  Lihat siaran penuh di : https://www.businesswire.com/news/home/20220801005377/en/ 

Sesi latihan pada kali ini diterajui oleh dua atlet AS: pemenang pingat perak acara lari berpalang 110m lelaki WCH Oregon22 Trey Cunningham dan pemenang pingat emas acara 1500m wanita di Kejohanan Trek dan Padang Luar AS 2022 Sinclaire Johnson; dan dua atlet legenda yang sudah bersara dan kini merupakan duta RSC: Ashton Eaton (AS), pemenang pingat emas acara dekatlon lelaki sebanyak dua kali di Olimpik Musim Panas and Kejohanan Olahraga Dunia, dan Valerie Adams (New Zealand) yang merupakan juara dunia empat kali dan juara Olimpik sebanyak dua kali dalam acara lontar peluru. 

Kesemua ahli sukan elit ini membimbing 16 peserta muda dari kelab atlet tempatan dalam menetapkan langkah mereka, menawarkan nasihat dalam semua perkara dari senaman memanaskan badan dan regangan sehinggalah kepada teknik larian.  Kemuncak aktiviti pada hari itu adalah acara lari berganti-ganti 4x100 meter di trek utama di Hayward Field yang terkemuka, yang dimulakan dengan lawatan di belakang tabir yang memberikan gambaran peringkat-peringkat yang dilalui oleh para atlet pada hari perlumbaan, termasuklah memeriksa keadaan pepaku pada kasut di bilik panggilan dan acara barisan masuk pasukan yang diiringi pengenalan daripada juruhebah stadium.  Dan seperti yang dilalui oleh para atlet terkenal, selepas berlumba berlatarbelakangkan logo TDK yang jelas terpamer, pengalaman itu disempurnakan dengan temubual selepas perlumbaan dalam zon campuran di stadium.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16160

No comments:

Post a Comment