Wednesday, August 24, 2022

PALANG MERAH AUSTRALIA MENGGUNAKAN BOOMI UNTUK MEMBANTU MENGUMPULKAN $27 JUTA BAGI KOMUNITI YANG TERJEJAS DENGAN BANJIR

 



  • Boomi menyediakan kesambungan data dan sokongan teknikal untuk memastikan kejayaan bagi Australia Unites Telethon baru-baru ini
  • Berikutan kejayaan baru-baru ini di Australia dan New Zealand, Boomi baru-baru ini menetapkan rekod industri bagi pangkalan pelanggan terbesar di kalangan vendor platform penyepaduan
CHESTERBROOK, Pa., 23 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Boomi™, peneraju kesambungan dan automasi pintar, hari ini mengumumkan sokongan mereka di dalam membantu Palang Merah Australia mengumpulkan lebih $27 juta untuk komuniti yang terjejas dengan banjir dengan membolehkan akses data masa nyata di seluruh inisiatif bantuan banjir Australia Unites Telethon.

Pada Februari, masyarakat di utara New South Wales dan selatan Queensland telah dilanda oleh banjir teruk yang memusnahkan beribu-ribu rumah dan mata pencarian penduduk. Ketiga-tiga rangkaian TV komersial utama Australia kemudian menganjurkan sebuah teleton secara langsung untuk mengumpulkan dana bagi usaha Palang Merah dengan isi rumah yang terjejas. Dengan mempunyai empat hari untuk melakukan persiapan, Palang Merah bekerjasama dengan Boomi untuk memastikan infrastruktur teknologi mereka dapat mengendalikan magnitud penglibatan penyokong yang dijangkakan semasa siaran nasional selama lima jam itu.

“Walaupun ia dilihat lancar menerima 30,000 dail-masuk di TV, infrastruktur bahagian belakang dalam menjayakan teleton itu adalah satu pencapaian yang mengagumkan dan sukar,” kata Brett Wilson, Ketua Pegawai Maklumat (CIO) di Palang Merah Australia. “Rakyat Australia tidak sabar-sabar untuk menyalurkan sumbangan. Selain daripada kemasukan pemanggil, kami telah menyaksikan 24,000 pengguna web secara serentak pada halaman derma kami. Untuk memastikan sokongan rakyat Australia dapat diproses dan diterima oleh mereka yang terjejas, kami memerlukan teknologi kami untuk berfungsi sebagaimana ia sepatutnya. Boomi adalah pautan lazim yang menyatukan semua sistem dan data kami, mengendalikan lonjakan trafik Teleton dan memastikan penglibatan penyokong adalah tepat dan stabil.”

Palang Merah telah melaksanakan Platform Boomi AtomSphere pada tahun 2020 sebagai platform penyepaduan mereka untuk menghubungkan beberapa dariada aplikasi teras mereka. Ini membantu memastikan data tentang operasi, pihak berkepentingan dan ahli mereka akan kekal selamat, tepat dan sentiasa tersedia, dan membentuk asas bagi portal dalam talian MyRedCross.

Bagi Australia Unites Telethon, Palang Merah mempercepatkan perkhidmatan Boomi mereka untuk memberi tumpuan kepada sistem keutamaan – termasuk portal MyRedCross, Pangsi sistem pengurusan perhubungan pelanggan (CRM), aplikasi kewangan Teknologi 1 dan perkhidmatan awan dalaman yang lain – untuk mengekalkan sambungan yang lancar sepanjanh tempoh acara langsung itu. Pasukan sokongan tempatan Boomi membantu dengan penyediaan dan kekal bersiap sedia untuk memastikan teknologi itu berfungsi seperti yang diharapkan.

Melalui kemurahan hati orang ramai, teleton itu telah menyediakan geran bantuan tunai kepada lebih 66,000 orang.

Palang Merah berkata pencapaian itu datang pada satu detik yang kritikal dengan kejadian cuaca yang ekstrem meningkat dari segi kekerapan dan keterukan. Ketangkasan dan kestabilan bagi asas data mereka akan membantu organisasi itu untuk bertindak balas secara berterusan terhadap kesan kemanusiaan yang berterusan akibat perubahan iklim, dengan cepat dan berkesan.

“Kami banyak mendengar tentang peranan data di dalam dunia hari ini, tetapi jarang sekali kami melihat paparan konkrit bagi hasil komuniti yang ketara,” kata Nathan Gower, Ketua bagi Pembangunan Perniagaan, Australia dan New Zealand (A/NZ) di Boomi. “Aplikasi dan sistem itu yang membentuk proses derma Palang Merah telah diuji semasa Teleton itu, dan $27 juta yang dikumpulkan adalah satu bukti berhubung kesambungan dan ketepatan data yang dicantumkan ke dalam badan teknologi badan amal itu. Peranan Boomi dalam menyepadukan data untuk menghubungkan orang ramai dan derma dengan lebih baik akan menjadi lebih jelas ketika Palang Merah menumpukan sokongan mereka untuk membantu komuniti Australia agar lebih bersedia untuk penyesuaian iklim.”

Boomi telah ditempatkan sebagai sebuah Peneraju di dalam Gartner® Magic Quadrant™ untuk Platform Penyepaduan Perusahaan sebagai satu Perkhidmatan (EiPaaS) selama lapan tahun berturut-turut.

Sebagai sebuah syarikat peneraju kategori, perisian global sebagai satu perkhidmatan (SaaS) dengan pangkalan pelanggan terbesar di kalangan vendor platform penyepaduan, Boomi menggembar-gemburkan sebuah komuniti pengguna yang semakin meningkat dengan  lebih 100,000 ahli, dan satu daripada susunan terbesar bagi penyepadu sistem global (GSI) di dalam ruang iPaaS. Syarikat itu mempunyai sebuah rangkaian di seluruh dunia dengan kira-kira 800 rakan, termasuk Accenture, Deloitte, SAP, dan Snowflake; dan bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan awan hiperskala terbesar, termasuk Perkhidmatan Web Amazon, Google dan Microsoft, di antara lain.

Syarikat itu baru-baru ini telah menerima Anugerah Gold Globee® di dalam kategori Platform sebagai satu Perkhidmatan (PaaS), dan telah memperoleh penarafan 5 bintang yang berprestij di dalam Panduan Program Rakan CRN, satu senarai definitif bagi program rakan yang paling ketara daripada vendor teknologi peneraju industri yang menyediakan produk berinovatif dan perkhidmatan yang fleksibel melalui saluran IT. Platform kod rendah natif awan Boomi membantu organisasi merentasi semua industri menyambungkan aplikasi data, memperkemaskan aliran kerja dan menyampaikan pengalaman pelanggan yang lebih bersepadu.

Sumber Tambahan
Penafian Gartner:
 
Gartner, Magic Quadrant bagi Platform Penyepaduan Perusahaan sebagai satu Perkhidmatan, Eric Thoo, Keith Guttridge, Bindi Bhullar, Shameen Pillai, Abhishek Singh, 29 September, 2021
 
Gartner tidak menyokong mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan di dalam penerbitan penyelidikan mereka dan tidak menasihati pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor yang mempunyai penilaian paling tinggi atau gelaran lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat bagi organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh ditafsirkan sebagai kenyataan yang berbentuk fakta. Gartner menafikan semua waranti, yang tersurat atau tersirat, berkenaan dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang waranti kebolehdagangan atau kesesuaian untuk satu tujuan tertentu. GARTNER dan Magic Quadrant adalah tanda dagangan berdaftar dan tanda perkhidmatan bagi Gartner, Inc. dan/atau ahli gabungan mereka di Amerika Syarikat dan di peringkat antarabangsa dan digunakan di sini dengan kebenaran. Hak cipta terpelihara. Nota: Boomi telah diiktiraf sebagai Dell Boomi dari 2014 hingga 2019.

Maklumat mengenai Boomi

Boomi menyasarkan untuk menjadikan dunia ini sebuah tempat yang lebih baik dengan menghubungkan semua orang dengan segala-galanya, di mana sahaja. Perintis bagi platform penyepaduan berasaskan awan sebagai satu perkhidmatan (iPaaS) itu, dan kini sebuah syarikat perisian global sebagai satu perkhidmatan (SaaS) yang terkemuka di dalam sebuah kategori, Boomi menggembar-gemburkan pangkalan pelanggan terbesar dalam kalangan vendor platform integrasi dan rangkaian di seluruh dunia dengan kira-kira 800 rakan – termasuk Accenture, Capgemini, Deloitte, SAP, Snowflake, Perkhidmatan Web Amazon, Google Cloud dan Microsoft. Organisasi global beralih kepada platform Boomi yang memenangi anugerah untuk menemui, mengurus dan mengatur data, sambil menyambungkan aplikasi, proses dan orang untuk hasil yang lebih baik dan lebih pantas. Untuk maklumat lanjut, sila layar http://www.boomi.com.

© 2022 Boomi, LP. Boomi, logo 'B', Boomiverse dan AtomSphere adalah tanda dagangan bagi Boomi, LP atau anak syarikat atau sekutu mereka. Hak cipta terpelihara. Nama atau tanda lain mungkin merupakan tanda dagangan bagi pemilik mereka masing-masing. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16225

No comments:

Post a Comment