Wednesday, August 24, 2022

WP ENGINE MENYERLAHKAN PENGEMBANGAN SERANTAU DI ASIA

Dengan pertumbuhan 400% di dalam pelanggan APAC sejak pembukaan pejabat mereka di Brisbane pada 2017, WP Engine terus meningkatkan pengembangan di rantau itu dengan kehadiran baharu di Singapura.

SINGAPURA, 24 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- WP Engine, syarikat teknologi WordPress yang paling dipercayai di dunia mengumumkan rancangan pengembangan mereka di APAC dengan satu kehadiran baharu di Singapura. Dengan membina di atas kejayaan syarikat itu yang semakin pesat di rantau berkenaan sejak membuka pejabat mereka di Brisbane, Australia pada 2017, WP Engine akan dilancarkan di Singapura dengan penawaran produk serantau baharu dan satu acara pelanggan yang penting, esok, di The Fullerton Hotel Singapura. Terbuka kepada media, acara itu akan mengumpulkan pelanggan dan rakan kongsi dari Singapura bersama-sama dengan kepimpinan syarikat itu.

Kejayaan yang Didorong oleh Australia Sehingga Kini

Mark Randall, Naib Presiden bagi Jualan APAC untuk WP Engine, telah membuka pejabat syarikat itu di Brisbane pada 2017 dengan seorang wakil jualan. Hari ini, Randall mengetuai sebuah pasukan yang terdiri daripada 45 orang pekerja, dan kehadiran WP Engine di APAC adalah lebih besar berbanding sebelum ini, dengan memberikan perkhidmatan kepada jenama utama seperti SealyGregory Jewellers, dan Volvo, serta memacukan pertumbuhan WP Engine di peringkat antarabangsa.

“Bekerja secara langsung dengan jenama dan agensi APAC yang luar biasa merekakan laman web dan pengalaman digital setiap hari adalah satu keistimewaan buat kami,” kata Randall, “Selepas mengalami pertumbuhan yang begitu besar sepanjang tempoh lima tahun yang lalu, saya amat bangga untuk melihat WP Engine terus membina asas mereka yang kukuh untuk pertumbuhan, dengan menarik bakat terbaik dan mengekalkan tumpuan kepada nilai teras kami, budaya syarikat yang cemerlang dan pekerja kami yang luar biasa.”

Kenapa Singapura?

Selama bertahun-tahun, WP Engine telah menyaksikan lonjakan di dalam permintaan pelanggan merentasi Asia dan khususnya di Singapura, yang merupakan satu petunjuk bagi inovasi teknologi. Yang paling terbaharu, Rakan Agensi WP Engine Chillybin telah bekerjasama dengan WP Engine dan Fullerton Fund Management di dalam satu reka bentuk semula laman web yang membawa kepada peningkatan 53% di dalam pemerolehan langsung. Dengan mewujudkan perhubungan erat dengan jenama dan agensi yang berpangkalan di Singapura adalah satu kemestian strategik untuk WP Engine ketika syarikat itu memperluaskan platform, produk dan kepakaran WordPress mereka di seluruh Asia.

“Menjalin kerjasama dengan pelanggan yang berpangkalan di Singapura, dengan sebahagian daripada mereka telah bekerjasama dengan kami selama beberapa tahun sekarang, ia dengan cepat menjadi jelas betapa pentingnya bandar raya ini, dan bagaimana pentingnya wilayah yang lebih luas itu kepada denyutan jantung Asia dan semua inovasi teknologi yang luar biasa yang berlaku di sini,” kata Fabio Torlini, Naib Presiden Kanan dan Pengarah Urusan, Antarabangsa, WP Engine. “Dengan pengembangan platform kami, produk kami dan pasukan kami di sini di Singapura, WP Engine akan mempunyai impak yang besar. Saya tidak ragu-ragu bahawa kami akan mewujudkan beberapa perkongsian kami yang paling luar biasa.”

WP Engine akan menganjurkan acara pelancaran pelanggan Singapura mereka di The Fullerton Hotel Singapura pada 24 Ogos dengan peluang-peluang mewujudkan perangkaian dan pandangan daripada pelanggan dan rakan kongsi serantau semasa serta kepimpinan syarikat itu.

WP ENGINE MENYERLAHKAN PENGEMBANGAN SERANTAU DI ASIA

No comments:

Post a Comment