Thursday, August 18, 2022

INTELLIAN MENANDATANGANI PERJANJIAN KERJASAMA BERBILANG TAHUN DENGAN SPEEDCAST UNTUK MEMENUHI PENINGKATAN PERMINTAAN KOMUNIKASI SATELIT

Pembekal teknologi komunikasi satelit utama mengumumkan perjanjian dengan penyedia penyelesaian ketersambungan global untuk memenuhi permintaan pasaran baru muncul dan sedia ada

PYEONGTAEK, Korea Selatan, 18 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Intellian, pembekal terkemuka dalam penyelesaian teknologi komunikasi satelit kalis masa depan, mengumumkan perjanjian kerjasama berbilang tahun dengan Speedcast, salah satu penyedia perkhidmatan komunikasi satelit terbesar di dunia. Perjanjian yang bernilai jutaan dolar ini akan membolehkan Intellian dan Speedcast bekerjasama dalam memenuhi pelbagai permintaan pasaran dengan sambungan satelit yang kalis masa depan termasuk sektor maritim dan tenaga.

Kerjasama ini dimeterai berdasarkan kejayaan hubungan sedia ada antara kedua-dua organisasi dalam industri tenaga, maritim dan pelayaran komersial serta tepat pada masanya apabila industri tersebut mengalami peningkatan permintaan secara mendadak baru-baru ini. Sebagai sebahagian daripada perjanjian ini, Intellian akan terus membekalkan peralatan kepada Speedcast sebagai pembekal pilihan dengan memastikan penghantaran yang memenuhi keperluan pelanggan walaupun terdapat kekangan rantaian bekalan yang tidak menentu. Secara khususnya, peralatan ini merangkumi rangkaian portfolio penuh maritim Intellian, daripada model C700 hingga v240M/MT, serta sistem antena LEO, termasuk antena darat masa depan yang membolehkan Speedcast memenuhi permintaan setiap pasaran. Selain itu, Intellian akan menyokong penambahbaikan peralatan secara berterusan di seluruh lokasi pelanggan sedia ada Speedcast.

Portfolio produk Intellian yang semakin berkembang yang merangkumi antena Tiga Jalur v240MT terkemuka dalam industri iaitu Siri NX Maritime VSAT  dan pelbagai terminal Perusahaan yang diumumkan baru-baru ini, akan membolehkan Speedcast memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat ketika sektor komunikasi satelit mengalami pertumbuhan.  Pelancaran sebuah lagi kilang di Pyeongtaek, Korea Selatan tidak lama lagi akan meningkatkan dan mempercepat kapasiti pengeluaran, membolehkan Intellian menyediakan keupayaan logistik dan pergudangan yang optimum kepada Speedcast.

Perjanjian ini ditandatangani selepas Speedcast melakukan pembaharuan dengan semua pelanggan pelayaran utamanya baru-baru ini serta pengembangan Unified Global Platform (UGP) miliknya, dengan penambahan kapasiti sebanyak 13 Gbps pada rangkaian yang sebahagiannya bertujuan untuk menyokong keperluan pelayaran di Eropah dan Alaska. Platform Speedcast kini merangkumi lebar jalur berjumlah 30 Gbps yang dimanfaatkan oleh syarikat tersebut dalam reka bentuk dan penggunaan penyelesaian ketersambungan terurus yang lengkap untuk para pelanggan di seluruh pasaran tenaga, maritim penumpang dan komersial serta perusahaan.

Eric Sung, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Presiden Intellian mengulas: “Intellian berbesar hati mengumumkan kerjasama yang lebih mantap dengan Speedcast yang menambahkan lagi kejayaan hubungan kerjasama sedia ada. Dengan kehadiran dan kepakaran global Speedcast merentasi pelbagai sektor pasaran, perjanjian ini menandakan kerjasama yang penting dalam industri. Kerjasama ini akan membolehkan kami terus menyediakan penyelesaian dan nilai yang inovatif kepada pelanggan di seluruh dunia serta menangani permintaan yang semakin meningkat terhadap komunikasi satelit di seluruh pasaran yang kami sertai.”

INTELLIAN MENANDATANGANI PERJANJIAN KERJASAMA BERBILANG TAHUN DENGAN SPEEDCAST UNTUK MEMENUHI PENINGKATAN PERMINTAAN KOMUNIKASI SATELIT

No comments:

Post a Comment