Friday, December 9, 2016

ANCILLARE UMUM NAIB PRESIDEN BAHARU BAGI ASIA PASIFIK

HORSHAM, Pa., 8 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Ancillare, LP, peneraju di dalam perkhidmatan pengurusan rantaian bekalan sampingan percubaan klinikal global akhir ke akhir bagi organisasi farmaseutikal, bioteknologi, penyelidikan kontrak dan penyelidikan perubatan,  hari ini mengumumkan pelantikan Nitin Jain ke satu jawatan baharu sebagai Naib Presiden bagi rantau Asia Pasifik (APAC).

Nitin akan memberi tumpuan kepada memacukan kecemerlangan operasi untuk menyokong keperluan rantaian bekalan klinikal pelanggan kami dan menyelia operasi pengurusan rantaian bekalan akhir ke akhir yang lengkap bagi Depot Induk Ancillare di Singapura. Nitin membawa ke Ancillare pengalaman lebih 18 tahun di dalam pembangunan perniagaan, pengurusan am, perikatan strategik, pengurusan rantaian bekalan dan pengalaman operasi di dalam organisasi farmaseutikal, bioteknologi dan penyelidikan kontrak di seluruh dunia. Nitin telah memegang jawatan kanan di INC Research, Covance, Theorem Clinical Research dan Worldwide Clinical Trials.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9579 

No comments:

Post a Comment