Friday, December 23, 2016

KEIO PLAZA HOTEL TOKYO MEMBUKA RUANG TINGKAT KELAB "PREMIER GRAND" MEREKA

Menawarkan Perkhidmatan Rencam Yang Diperkuatkan untuk Membantu Tetamu Kami Mewujudkan Penginapan di Tokyo yang Tidak Dapat Dilupakan
 
TOKYO, 23 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), satu daripada hotel bertaraf antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, membuka Ruang Tingkat Kelab ”Premier Grand”, termasuk 111 bilik suite dan bilik kelab premium yang diubahsuai sepenuhnya, pada 15 Disember, 2016. Dua kategori bilik tetamu, Bilik Kelab Premier Grand dan Suite Premier Grand, yang terletak di tingkat ke-37 hingga ke tingkat ke-41, dan tetamu akan mendapat hak istimewa untuk menggunakan Ruang Istirehat Kelab yang baharu diwujudkan dengan memiliki pemandangan panorama dari tingkat ke-45. Ruang tingkat di kelab ini juga menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan oleh pekerja rencam kami yang berdedikasi untuk membantu tetamu menyesuaikan penginapan mereka di Tokyo.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9625

No comments:

Post a Comment