Thursday, December 8, 2016

BUSINESS WIRE DAN AGILITY PR SOLUTIONS BERGABUNG UNTUK MENINGKATKAN JANGKAUAN MEDIA DAN PILIHAN ANALISIS

NEW YORK, 7 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Business Wire dan Agility PR Solutions telah mengumumkan satu perkongsian strategik yang baharu untuk menyediakan kepada kalangan profesional komunikasi dengan pengedaran, pemantauan dan keupayaan analisis media yang dipertingkatkan. Langkah ini mengembangkan set peranti komunikasi Business Wire sedia ada yang sudah luas dengan menawarkan kepada pelanggan dengan satu penyelesaian yang lancar dan menjimatkan kos untuk mengintegrasikan jangkauan media dan pemantauan pelbagai outlet ke dalam kempen komunikasi mereka.

"Komitmen Business Wire kepada pelanggan kami terus menjadi keutamaan nombor satu kami. Kerjasama baharu ini dengan Agility PR Solutions akan membantu pelanggan-pelanggan kami meningkatkan kempen komunikasi mereka dengan mensasarkan wartawan dan pihak berpengaruh yang relevan secara lebih baik, dengan mengekalkan trend industri kritikal masa kini, dan mengukur keberkesanan sebenar pesanan mereka," kata
Cathy Baron Tamraz, Ketua Pegawai Eksekutif Business Wire.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9570

No comments:

Post a Comment