Thursday, December 15, 2016

INTREPID UMUM PENGHANTARAN B777-300ER BAHARU SECARA PAJAKAN KEPADA PHILIPPINE AIRLINES

STAMFORD, Conn., 13 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Intrepid Aviation hari ini mengesahkan pemerolehan sebuah pesawat B777-300ER baharu dari Boeing di Seattle dan penghantarannya secara pajakan jangka panjang kepada Philippine Airlines yang berpangkalan di Manila.

"Kami amat berbesar hati untuk melanjutkan perkongsian kukuh kami ini yang telah ditempa dengan kedua-dua buah syarikat," kata Doug Winter, Presiden dan Ketua Pegawai Komersial Intrepid.

MAKLUMAT MENGENAI INTREPID AVIATION

Intrepid Aviation adalah sebuah pemberi pajakan pesawat komersial milik persendirian, yang memiliki pesawat komersial yang dipajakkan kepada pengendali syarikat penerbangan dari seluruh dunia. Intrepid Aviation memberi tumpuan terutamanya kepada pesawat berbadan lebar enjin berkembar dan peralatan rangka kecil yang besar, seperti pesawat keluarga Airbus A330 & A321 dan Boeing B777 & B787.”

No comments:

Post a Comment