Friday, December 16, 2016

TOSHIBA LANCAR IC KUASA SISTEM PELBAGAI FUNGSI UNTUK SSD

TOKYO, 15 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini melancarkan "TC7738WBG," sebuah IC kuasa sistem pelbagai fungsi untuk bekalan kuasa bagi komponen SSD, seperti blok teras SoC, blok IO, ingatan kilat NAND, DRAM, dan pelbagai sensor. Penghantaran sampel bermula hari ini dengan penghantaran pengeluaran besar-besaran dijadualkan pada akhir Januari tahun hadapan.

"TC7738WBG" adalah sebuah IC bekalan kuasa pelbagai output yang menggabungkan 6 saluran penukar DC-DC, satu bekalan kuasa 2 saluran dan sebuah suis perlindungan input. Di dalam sistem yang menggunakan SSD, voltan berbeza bergantung kepada antara muka atau aplikasi berkenaan. IC baharu itu membolehkan setting mod voltan input dan voltan output bagi setiap saluran diubah dengan hanya menukar setting pin, sekali gus membolehkan penggunaannya di dalam pelbagai sistem.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9600

No comments:

Post a Comment