Thursday, December 22, 2016

KENYATAAN MEDIA MENGENAI PERAKUAN AKREDITASI MQA PADA 20 DISEMBER 2016

KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Merujuk kepada kenyataan mengenai pengiktirafan universiti oleh Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) yang disiarkan oleh satu akhbar pada 20 Disember 2016, pihak MQA ingin mengesahkan bahawa MQA tidak pernah menarik balik program MEDIU yang telah mendapat Akreditasi MQA.
 
Program pengajian MEDIU telah melalui proses penilaian yang terperinci dan komprehensif yang turut melibatkan penilaian oleh pakar bidang berkaitan yang telah dilantik oleh MQA sebelum program tersebut diberi Perakuan Akreditasi MQA. Secara amnya, sejumlah 169 program MEDIU telah dinilai tahap kualitinya oleh MQA sejak tahun 2010. Sehingga Oktober 2016, terdapat 88 program telah melalui proses penilaian akreditasi sementara dan 81 program telah diberi akreditasi penuh oleh MQA. Sejumlah 70 program MEDIU yang telah mendapat Akreditasi MQA telah didaftarkan dalam Daftar Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Register, MQR).

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9622

No comments:

Post a Comment