KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Anak syarikat NEC Corporation (NEC),
NEC Corporation (Thailand), menyediakan latihan amali (hands on) pertahanan
siber kepada Thailand Electronic Transactions Development Agency (ETDA) dan
agensi kerajaan lain di negara itu.
NEC dalam satu kenyataan berkata latihan itu diadakan di Bangkok,
Thailand dari 6 hingga 9 Dis lepas kepada lebih 50 pegawai kerajaan dari ETDA
dan agensi kerajaan lain.
"Latihan amali pertahanan siber itu bertujuan meningkatkan
keupayaan pentadbir sistem di agensi kerajaan untuk menangani ancaman serangan
siber yang semakin meningkat, secara efektif.
"Dengan menyediakan simulasi infrastruktur ICT (teknologi maklumat
dan komunikasi) pelanggan, latihan praktikal itu membolehkan pentadbir system dibangunkan
dengan keupayaan pertahanan siber yang komprehensif," kata kenyataan itu
di sini hari ini.
Menurut NEC, ETDA, yang berada di bawah bidang kuasa Kementerian Ekonomi
Digital dan Masyarakat, adalah satu daripada agensi yang bertanggungjawab untuk
keselamatan siber di Thailand.
"Sebagai sebahagian daripada ini, ETDA mengendalikan ThaiCERT,
sebuah Pasukan Respons Insiden Keselamatan Komputer (CSIRT) yang bertanggungjawab
mengendalikan kejadian keselamatan komputer di negara itu," kata kenyataan
itu lagi.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment