Thursday, April 16, 2020

CROWNBIO MENGUMUMKAN PERUBAHAN KEPIMPINAN C-SUITE

SAN DIEGO, 15 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Crown Bioscience telah mengumumkan pelantikan Jean-Pierre Wery, PhD sebagai pengerusi eksekutif lembaga berkuat kuasa serta-merta. Dr. Wery juga akan berkhidmat sebagai ketua pegawai teknologi (CTO) untuk JSR Life Sciences, LLC.

JSR memperoleh CrownBio pada 2018 untuk mengembangkan portfolio sains hayat mereka untuk memenuhi permintaan pasaran praklinikal. Dalam peranan baharu ini, Dr. Wery akan mengetuai usaha kerjasama syarikat JSR Life Sciences untuk mengenal pasti sinergi strategik dan membangunkan teknologi, platform dan alat inovatif bagi komuniti penyelidikan ubat dan biopenanda. Perubahan kepimpinan ini memastikan kerjasama dipertingkat antara CrownBio dengan keluarga syarikat JSR Life Sciences untuk mengembangkan jejak sains hayat yang sedia ketara mereka.

CrownBio juga berasa sukacita untuk mengumumkan pelantikan Armin Spura, PhD untuk menggantikan Dr. Wery sebagai ketua pegawai eksekutif, berkuat kuasa mulai 1 April 2020. Sebagai CEO, Dr. Spura akan memacu strategi korporat global untuk CrownBio, mengukuhkan lagi kedudukan syarikat di barisan hadapan perkhidmatan penyelidikan praklinikal merentas onkologi, penyakit metabolik dan keradangan.

“Saya telah menyahut dan menikmati pelbagai cabaran yang wujud dalam mengembangkan CrownBio untuk menjadi CRO praklinikal global dan utama dunia,” kata Dr. Wery. “Kini merupakan masa yang sesuai untuk menyerahkan tugas ini kepada Armin untuk memimpin syarikat memasuki tempoh inovasi dan pertumbuhan yang seterusnya.”

CrownBio ialah organisasi penyelidikan kontrak (CRO) utama dalam kedua-dua arena penemuan ubat dan penemuan biopenanda dengan pelbagai portfolio produk inovatif yang tersedia di seluruh tapak di Asia, AS dan Eropah. CrownBio mempunyai lebih daripada 700 orang pekerja buat masa ini.

“Saya berasa gembira untuk menyertai CrownBio dan meneruskan pendekatan perintis syarikat untuk membangunkan penyelesaian baharu bagi klien kami,” kata Dr. Spura. “Saya yakin CrownBio adalah inovatif secara unik dalam arena CRO praklinikal dan inovasi ini akan kekal menjadi teras kepada identiti, pertumbuhan dan kedudukan kepimpinan pasaran kita.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13304

No comments:

Post a Comment