Tuesday, April 28, 2020

UMW HOLDINGS MENYUMBANGKAN RM1.3 JUTA UNTUK MENGHADAPI COVID-19 TERMASUK PERALATAN PERLINDUNGAN PERIBADI (PPE) YANG DIHASILKAN SENDIRI OLEH KAKITANGAN UNTUK KEGUNAAN PETUGAS BARISAN HADAPAN

- UMW Holdings menyumbang 3,000 pelindung but, 15,000 tudung pakai buang, 10,000 gaun dan 10,000 pelindung muka
- Kesemua Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) dihasilkan sendiri oleh kakitangan UMW Holdings Berhad
- Keseluruhan jumlah sumbangan bernilai RM1.3 juta diberikan untuk memerangi kesan COVID-19 terhadap rakyat Malaysia


KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- UMW Holdings Berhad telah menyumbang Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) untuk diedarkan ke beberapa hospital di Malaysia yang ditugaskan untuk saringan dan rawatan pesakit COVID-19.

Sebanyak 15,000 tudung pakai buang, 10,000 gaun dan 3,000 pelindung kasut, semuanya dihasilkan sendiri oleh syarikat di kilang pembuatan Toyota Boshoku UMW di Bukit Raja, Klang, akan diedarkan ke hospital. PPE ini sangat penting untuk memastikan keselamatan pekerja kesihatan. Bagi memastikan pemberian PPE ini berkesan, 7,000 tudung pakai buang, 7,000 gaun dan semua penutup but akan dihantar terus ke Kementerian Kesihatan, sementara selebihnya 8,000 tudung pakai buang dan 3,000 gaun akan disalurkan melalui Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) seperti St John Ambulance Malaysia.

Sebelum itu, pada 15 April 2020, UMW Holdings telah mengedarkan 3,000 pelindung muka kepada Pusat Perubatan Universiti Malaya, Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM dan Jabatan Kesihatan Kuantan, Pahang. Kakitangan UMW Holdings sendiri yang menghasilkan pelindung muka di Shah Alam, dengan menyasarkan jumlah sebanyak 10,000 keping.

UMW Holdings juga telah menyumbang monitor tekanan darah, oksimeter dan stetoskop kepada Hospital Sungai Buloh, dan telah bekerjasama dengan pelbagai NGO ternama seperti MERCY Malaysia dan Yayasan Food Bank Malaysia untuk memberi sumbangan kewangan untuk kelangsungan hidup komuniti yang terkena wabak tersebut. Tambahan pula, UMW Holdings adalah sebahagian daripada Jaringan Bantuan Bencana GLC (GDRN), yang menyumbang ventilator dan peralatan perubatan penting yang lain. Secara keseluruhan, UMW Holdings Berhad telah menyumbang sebanyak RM1.3 juta untuk membantu memerangi kesan COVID-19 terhadap rakyat Malaysia.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UMW Holdings Berhad, Badrul Feisal bin Abdul Rahim berkata, "Kumpulan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan dan semua kakitangan kesihatan atas perjuangan berterusan melawan wabak COVID-19. Kami memahami bahawa sehingga perang melawan pandemik ini berakhir, Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) ialah sebuah keperluan dan kami akan tetap meneruskan penghasilan peralatan yang penting ini. Sebagai warganegara korporat yang bertanggungjawab, kita akan melakukan semua yang terdaya untuk melindungi barisan hadapan negara kita sepanjang perjuangan melawan virus yang membunuh ini. Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, UMW juga menghulurkan bantuan kepada komuniti yang berisiko seperti gelandangan, pelajar IPT yang terperangkap di kampus, rumah kebajikan dan keluarga yang terjejas secara langsung oleh wabak dalam keadaan yang mencabar ini. "

Mengenai UMW

Kumpulan UMW merupakan syarikat konglomerat bertaraf antarabangsa yang memajukan dan menyokong pertumbuhan industri serta melibatkan diri dalam pelbagai usaha sama. Kumpulan UMW memberi tumpuan kepada tiga segmen perniagaan teras - Automotif, Jentera dan Pembuatan & Kejuruteraan. Kami kini beroperasi di 8 buah negara dengan jumlah kakitangan melebihi 7,500 orang.

Dengan berpegang kepada prinsip Beyond Boundaries®, UMW bersedia memainkan peranan utama dalam membentuk masa hadapan industri - dengan menginspirasikan idea, meningkatkan potensi, memupuk usaha sama dan membentuk kecemerlangan untuk menyumbang kepada kemajuan dan kesejahteraan semua pemegang sahamnya.

No comments:

Post a Comment