Wednesday, April 22, 2020

LEDDARTECH BEKERJASAMA DENGAN NINGBO SUNNY AUTOMOTIVE OPTECH CO. LTD UNTUK MEMPERCEPAT PENGERAHAN LIDAR BAGI SISTEM BANTUAN PEMANDU LANJUTAN DAN APLIKASI PEMANDUAN BERAUTONOMI

QUEBEC CITY, 22 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju industri dalam menyediakan platform LiDAR auto dan mobiliti paling serba boleh dan boleh skala, berbesar hati untuk mengumumkan penambahan Ningbo Sunny Automotive Optech Co. Ltd, sebagai ahli Leddar™ Ecosystem, menyertai peneraju industri teknologi lain dalam pasukan. Kerjasama strategik ini mengiktiraf Sunny Automotive Optech sebagai peneraju pasaran dalam teknologi yang menyediakan penyelesaian optik yang menyumbang ke arah penyelesaian LiDAR untuk aplikasi berautonomi dan pintar.

Sunny Automotive Optech, sebagai rakan kongsi strategik, akan bekerjasama dengan LeddarTech dalam mencipta penyelesaian LiDAR untuk aplikasi automotif dan mobiliti. Sunny Automotive Optech akan menyediakan reka bentuk optik gred automotif dan kepakaran pengindustrian untuk subsistem optik serta perkhidmatan pengeluaran untuk elemen optik dan subhimpunan. Subsistem optik akan merangkumi optik pemancar dan penerima yang terdiri daripada elemen optik gred automotif terpilih dengan laluan kepada kelayakan automotif, ujian dan pengoptimuman kos.

Perkongsian ini akan mempercepat kitaran reka bentuk pelanggan kami dan menyediakan laluan yang selamat dan berdaya maju untuk pengerahan besar-besaran bagi aplikasi ADAS & AD. LeddarTech dan Sunny Automotive Optech akan memulakan kerjasama ini pada reka bentuk optik LiDAR hadapan dan kokun, berdasarkan LeddarEngine™. LeddarEngine terdiri daripada sistem pada cip LCA3 LeddarCore™ dan pustaka pemprosesan isyarat LeddarSP™. LeddarEngine menetapkan standard baharu untuk reka bentuk penyelesaian LiDAR berkeadaan pepejal bersepadu dan boleh suai yang dioptimumkan untuk kenderaan ulang-alik berautonomi, teksi robot, kenderaan penghantaran dan kenderaan penumpang.  Sunny akan menyumbang ke arah penawaran platform automotif yang merangkumi LeddarEngine dengan memperkenalkan reka bentuk optik gred automotif dan perkhidmatan pengeluaran kepada pelanggan Peringkat-1 yang membangunkan penyelesaian LiDAR.

“Rekod prestasi Sunny Automotive Optech dalam mencapai pengoptimuman kos melalui inovasi, keseimbangan dalam produk dan reka bentuk proses serta pengurusan rantaian bekalan menghasilkan penyelesaian optimum antara prestasi dengan kos. Kecekapan tambahan ini akan meningkatkan daya saing industri teknologi LeddarEngine yang dipatenkan,” kata Michael Poulin, Naib Presiden Kerjasama Strategik dan Pembangunan Korporat LeddarTech. “Sunny Automotive Optech merupakan peneraju dalam penyelesaian optik untuk pemanduan berautonomi dan pintar dan bersama-sama rakan kongsi tambahan LeddarTech, kami akan bersedia untuk menawarkan penyelesaian yang lengkap dan fleksibel untuk pelbagai aplikasi AD & ADAS berbanding produk dan perkhidmatan tunggal. Kami teruja untuk bekerjasama dengan Sunny Automotive Optech.” rumus En. Poulin.

“Sunny Automotive Optech dan ahli terpilih yang lain, bekerja secara sinergis sebagai sebahagian daripada Leddar TM Ecosystem, akan memberikan nilai yang dipertingkat kepada pelanggan kita,” kata Winwe Qiu, Pengurus Besar Sunny Automotive Optech “Kami meramalkan LeddarTech bakal menjadi peneraju industri yang menyediakan platform LiDAR auto dan mobiliti paling serba boleh dan boleh skala. Menggabungkan teknologi LeddarTech dengan kecekapan optik Sunny Automotive Optech daripada reka bentuk kepada produk akhir yang menghasilkan penyelesaian optimum antara prestasi dengan kos, akan membolehkan kita memberikan penyelesaian LiDAR yang komprehensif dan disesuaikan kepada pelanggan global kami. Kami menanti-nantikan untuk mewujudkan nilai yang sepadan bagi kedua-dua rakan kongsi melalui kerjasama ini dengan LeddarTech,” rumus En. Qiu.

Perihal Sunny Optical Technology® (Group) Company Limited

Sunny Optical merupakan pengilang komponen dan produk optik bersepadu utama dunia dengan sejarah selama tiga puluh lima tahun dan No. 1 dalam Bahagian Pasaran untuk kanta automotif sejak tahun 2012. Syarikat ini secara utamanya terlibat dalam reka bentuk, R&D, pengeluaran dan jualan produk optik dan berkaitan optik. Produk sedemikian termasuklah komponen optik (seperti kanta sfera dan kanta asfera, produk satah, set kanta telefon bimbit, set kanta kenderaan, set kanta pengawasan keselamatan dan pelbagai set kanta lain), produk optoelektronik (seperti modul kamera telefon bimbit, produk optoelektronik 3D, modul kenderaan dan modul optoelektronik lain) dan instrumen optik (seperti mikroskop dan peralatan pintar untuk ujian). Syarikat menumpukan pada bidang penggunaan bagi produk berkaitan optoelektronik, seperti telefon bimbit, kamera digital, pengimejan kenderaan dan sistem penderiaan, sistem pengawasan keselamatan, realiti maya /realiti terimbuh dan kilang automatik, yang digabungkan dengan teknologi optik, elektronik, perisian dan mekanikal.

Maklumat tambahan tentang Sunny Optical boleh diakses di www.sunnyoptical.com  Maklumat hubungan: 0086-574-62525665; czxcpgy@sunnyoptical.com

Perihal LeddarTech

LeddarTech ialah peneraju industri yang menyediakan platform LiDAR auto dan mobiliti paling serba boleh, dan boleh skala berdasarkan LeddarEngine™ unik, yang terdiri daripada suit SoC bergred automatif, keselamatan fungsian disahkan yang berfungsi selari dengan perisian pemprosesan isyarat proprietari LeddarSP™. Syarikat ini bertanggungjawab untuk beberapa inovasi dalam aplikasi penderiaan jauh mobiliti canggih, dengan lebih 70 teknologi berpaten (diluluskan atau menunggu kelulusan) meningkatkan ADAS dan keupayaan memandu berautonomi. LeddarTech juga menyediakan pasaran mobiliti dengan penyelesaian modul LiDAR berprestasi tinggi berkeadaan pepejal untuk kenderaan ulang-alik berautonomi, trak, bas, kenderaan penghantaran dan teksi robot. Modul ini dibangunkan untuk menyokong pasaran mobiliti tetapi juga mempamerkan keupayaan platform auto dan mobiliti LeddarTech sebagai asas untuk dibina pembekal LiDAR lain.

Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh diakses di https://leddartech.com/, dan pada LinkedIn,TwitterFacebook, dan YouTube.

Maklumat Hubungan: Daniel Aitken, Naib Presiden Pemasaran dan Komunikasi, LeddarTech Tel.: +1-418-653-9000 samb. 232 Daniel.Aitken@Leddartech.com

Logo Leddar, LeddarTech, LeddarEngine, LeddarSP, LeddarCore, dan LeddarTech ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar LeddarTech Inc. Semua jenama lain, nama produk dan tanda ialah atau mungkin ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenal pasti produk atau perkhidmatan pemilik masing-masing. 

SUMBER : LeddarTech inc.

No comments:

Post a Comment