Thursday, April 2, 2020

​HAMPIR 55 BILION YUAN PELABURAN DITARIK, ZHONGSHAN MEMPERCEPATKAN PENYAMBUNGAN SEMULA KERJA DAN PENGELUARAN



ZHONGSHAN, China, 1 April, 2020 /Xinhua-AsiaNet/--

Mengadakan persidangan dan menandatangani kontrak melalui persidangan video adalah langkah-langkah baharu yang disesuaikan oleh bandar raya-bandar raya China, seperti Zhongshan, untuk menangani impak wabak COVID-19. Dengan bantuan data besar, platform awan dan teknologi baharu yang lain, Zhongshan sedang menarik projek-projek pelaburan yang berkualiti tinggi dengan mengambil kaedah-kaedah digital untuk menyambung semula kerja dan pengeluaran dan menggalakkan peningkatan industri, demikian menurut Kerajaan Rakyat bagi Perbandaran Zhongshan.

Pada 28 Mac, 2020, Pameran Perdagangan dan Pelaburan Zhongshan telah diadakan di Zhongshan, yang menarik sejumlah 52 projek berkualiti tinggi dan hampir 55 bilion yuan dalam jumlah pelaburan, termasuk 19 projek dengan pelaburan yang melebihi satu bilion yuan. Projek-projek itu adalah terutamanya berkaitan dengan perkhidmatan kewangan, ekonomi ibu pejabat, bioperubatan, pembuatan pintar, ujian dan peningkatan rantaian bekalan. Perusahaan itu menyertai persidangan berkenaan dan menandatangani kontrak secara dalam talian.

Wabak itu tidak menghalang perusahaan daripada melabur di Zhongshan. Sejumlah 41 projek telah ditandatangani pada majlis pembukaan, dengan 38 daripadanya ditandatangani melalui persidangan video, dan tiga projek dari TCL, Midea, dan Mingyang masing-masing telah ditandatangani di tapak. Projek-projek pembuatan utama mencakupi lebih daripada 60%.

“Kami tertarik oleh kelebihan industri dan persekitaran pelaburan di Zhongshan. Kami akan menempatkan ibu pejabat bagi tebing barat bagi Sungai Pearl bagi TCL Technology Group Corporation di Zhongshan,” kata Wang Cheng, Ketua Pegawai Eksekutif bagi TCL Group Industrial Holdings Co., Ltd. Beliau berkata bahawa TCL akan memperkukuh lagi susun atur bagi peralatan rumah dan industri pembuatan peralatan mereka di pangkalan mereka di Zhongshan. Nilai output dijangka melebihi 13 bilion yuan pada tahun ini dan mencapai lebih daripada 20 bilion yuan menjelang tahun 2023.

Zhongshan terletak di pusat geografi dan geometrik di Kawasan Greater Bay Guangdong-Hong Kong-Macau, tiga zon perdagangan bebas perintis yang berhampiran, iaitu Guangzhou Nansha, Shenzhen Qianhai dan Zhuhai Hengqin. Koridor Shenzhen-Zhongshan sedang dalam pembinaan. Ia akan hanya mengambil masa 20 minit untuk memandu dari Zhongshan ke Qianhai melalui koridor itu. Talian metro Guangzhou 18 akan membawa terus ke Zhongshan. Pada masa akan datang, ia akan hanya mengambil masa 30 minit dari Zhongshan ke CBD di Guangzhou,” kata Lai Zehua, Setiausaha bagi Jawatankuasa Perbandaran Zhongshan CPC. Pada masa ini, Zhongshan memberi tumpuan untuk menggantikan pemacu pertumbuhan lama dengan yang baru, dengan membina platform pembangunan bagi Daerah Baharu Cuiheng, Zon Pembangunan Huoju dan Bandar raya Baharu Qijiang Pada tahun 2024, ia akan mewujudkan sebuah kluster perindustrian isi rumah, sebuah kluster perindustrian maklumat elektronik, sebuah kluster perindustrian pembuatan peralatan dan sebuah kluster perindustrian kesihatan dan farmaseutikal, yang masing-masing bernilai 500 bilion, 300 bilion, 200 bilion dan 100 bilion yuan.

Ketika mempromosikan persekitaran perniagaan untuk bandar raya itu, Wei Weihan, Datuk Bandar Zhongshan, berkata dalam tempoh lima tahun dari tahun ini, Zhongshan akan melaburkan 150 bilion yuan untuk memperbaiki sistem pengangkutan mereka meliputi kereta api berkelajuan tinggi, kereta api antara bandar, lebuh raya, pengangkutan air, dan terminal bandar raya. Sementara itu, Zhongshan merancang untuk mempercepatkan pembinaan dua kemudahan saintifik utama dan dua buah universiti peringkat tinggi.

Rangkaian Bakat Utama Zhongshan juga dimulakan pada hari yang sama dan akan mengadakan 13 aktiviti dengan satu tujuan untuk menarik bakat dan melayani perusahaan. Pada acara itu, bandar raya itu telah menganugerahkan lima bakat peringkat tinggi yang cemerlang dari perusahaan dengan 200,000 yuan setiap satu dan dua pasukan keusahawanan yang cemerlang dengan 2 juta yuan setiap satu.

Lai Zehua berkata, Kerajaan Perbandaran Zhongshan akan menyokong sepenuhnya bakat-bakat peringkat tinggi di Zhongshan untuk mempamerkan bakat mereka dan merealisasikan impian mereka, dan benar-benar mengalu-alukan usahawan dan bakat-bakat untuk melabur di bandar raya itu.

Pada awal Februari tahun ini, kerajaan China di semua peringkat, termasuk wilayah Guangdong, telah menyatakan dengan jelas untuk menyokong penyambungan semula operasi dan pengeluaran. Dengan mengeluarkan 20 langkah-langkah untuk menyokong perusahaan dan mengadakan Pameran Perdagangan dan Pelaburan Zhongshan 2020 dan acara Rangkaian Bakat Utama Zhongshan, bandar raya itu telah menunjukkan satu trend yang baik untuk menyokong pembangunan perusahaan dan menarik bakat-bakat.

Menurut penganjur, siri aktiviti bagi Pameran itu bermula pada 28 Mac dan akan diteruskan sehingga pertengahan Mei.

Sumber: Kerajaan Rakyat bagi Perbandaran Zhongshan

Pautan Lampiran Imej:

Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=361034

Kapsyen: Pameran Perdagangan dan Pelaburan Zhongshan 2020 dan Rangkaian Bakat Utama Zhongshan telah diadakan pada 28 Mac.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13253

1 comment:

  1. "Selamat siang Bos 😃
    Mohon maaf mengganggu bos ,

    apa kabar nih bos kami dari Agen365
    buruan gabung bersama kami,aman dan terpercaya
    ayuk... daftar, main dan menangkan
    Silahkan di add contact kami ya bos :)

    Line : agen365
    WA : +85587781483
    Wechat : agen365


    terimakasih bos ditunggu loh bos kedatangannya di web kami kembali bos :)"

    ReplyDelete