Saturday, April 4, 2020

KAJIAN PENTING TERBESAR MENGIKUT STATISTIK OLEH 6,200 PAKAR PERUBATAN PELBAGAI NEGARA BERHUBUNG COVID-19 MENEMUI CORAK RAWATAN DAN MELETAKKAN PANDEMIK DALAM KONTEKS

Laporan Sermo mengenai Keberkesanan Hydroxychloroquine, Peningkatan dalam Penggunaan Profilaksis; Lebih 80% Menjangkakan Wabak Kedua

NEW YORK, 3 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kekeliruan yang meluas, laporan yang bercanggah, ujian tidak konsisten, dan penggunaan luar daripada ubat-ubatan yang sedia ada dan ubat ujikaji telah menyebabkan tiada maklumat diperolehi daripada barisan hadapan. Untuk mewujudkan satu pangkalan pengetahuan berpusat dan dinamik, Sermo, syarikat peninjauan penjagaan kesihatan global dan platform sosial terbesar untuk pakar perubatan, memanfaatkan keupayaan mereka untuk menerbitkan sebuah hasil kajian COVID-19 dengan lebih daripada 6,200 pakar perubatan di 30 buah negara. Kajian itu telah diselesaikan dalam tempoh tiga hari. Data merangkumi pilihan rawatan dan profilaksis semasa, pemasaan kepada puncak wabak, pilihan beretika, keberkesanan bagi tindak balas kerajaan, dan banyak lagi. Pelbagai gelombang kajian termasuk menyelinap lebih dalam ke dalam rawatan akan dijalankan dalam masa beberapa minggu akan datang. Untuk melihat hasil dan negara sila layari sermo.com.

Penemuan penting; Barometer Tepat Masa Sermo *:

Rawatan & Keberkesanan

· Tiga rawatan yang paling kerap ditetapkan di kalangan perawat COVID-19 adalah 56% analgesik, 41% Azithromycin, dan 33% Hydroxychloroquine
· Penggunaan hydroxychloroquine di antara perawat COVID-19 adalah 72% di Sepanyol, 49% di Itali, 41% di Brazil, 39% di Mexico, 28% di Perancis, 23% di Amerika Syarikat, 17% di Jerman, 16% di Kanada, 13% di United Kingdom, dan 7% di Jepun
· Hydroxychloroquine secara keseluruhan dipilih sebagai terapi yang paling berkesan di kalangan perawat COVID-19 daripada satu senarai yang mengandungi 15 pilihan. (37% daripada perawat COVID-19)
o 75% di Sepanyol, 53% di Itali, 44% di China, 43% di Brazil, 29% di Perancis, 23% di Amerika Syarikat, dan 13% di United Kingdom

· Dua rejim rawatan yang paling biasa untuk Hydroxychloroquine adalah:
o   (38%) 400mg dua kali sehari pada hari pertama; 400 mg sehari selama lima hari
o   (26%) 400mg dua kali sehari pada hari pertama; 200mg dua kali sehari selama empat hari
· Di luar Amerika Syarikat, Hydroxychloroquine digunakan sama rata untuk pesakit yang didiagnosis dengan tanda-tanda yang lemah sehingga teruk manakala di Amerika Syarikat ia paling biasa digunakan untuk pesakit yang didiagnosis berisiko tinggi
· Di seluruh dunia, 19% doktor preskrib atau telah melihat Hydroxychloroquine prophylactically digunakan untuk pesakit berisiko tinggi, dan 8% untuk pesakit berisiko rendah
 
Gelombang Kedua Wabak

· Wabak global kedua diramalkan oleh 83% pakar perubatan di seluruh dunia, 90% pakar perubatan Amerika Syarikat tetapi hanya 50% pakar perubatan China

Purata Ujian Masa

· Secara purata ujian di Amerika Syarikat mengambil masa 4-5 hari, dan dalam 10% kes masa menunggu adalah lebih dari 7 hari
· 14% daripada pakar perubatan Amerika Syarikat dan lebih 50% dalam semua laporan Eropah dan Jepun mendapat keputusan ujian dalam masa 24 jam; di China 73% doktor mendapat balik ujian dalam masa 24 jam, manakala 8% mendapat balik ujian dalam masa satu jam

Mengutamakan Rawatan jika Kekurangan Ventilator

· Di semua negara kecuali China, kriteria utama untuk menentukan siapa yang sepatutnya mendapat ventilator adalah pesakit yang mempunyai peluang pemulihan paling tinggi (47%) diikuti oleh mereka yang paling sakit dan paling tinggi berisiko untuk mati (21%), kemudian responder pertama (15%)
o   Di China, keutamaan telah diterbalikkan dan mereka yang paling sakit dan berisiko tinggi untuk mati menerima ventilator
 
· Responder pertama adalah lebih penting di Amerika Syarikat
· Perancis, Jepun, dan Itali mengutamakan umur
· Brazil dan Rusia mengutamakan pesakit yang berisiko lebih tinggi

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13268

No comments:

Post a Comment