Tuesday, April 14, 2020

Fusionex Dan Universiti Heriot-Watt Menandatangani MoU Untuk Memupuk Bakat Masa Hadapan

LONDON, 13 April (Bernama-BUSINESS WIRE) — Pakar teknologi data terkemuka yang memenangi pelbagai anugerah Fusionex telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Heriot-Watt, sebuah universiti terkemuka dan berprestij di United Kingdom, untuk memulakan satu kerjasama strategik yang akan membolehkan pertukaran pengetahuan industri, pandangan dan kepakaran yang tidak ternilai di antara kedua-dua pihak.
MoU itu telah ditandatangani oleh wakil-wakil utama bagi setiap organisasi, iaitu Encik Chen Keat Ming, Naib Presiden Fusionex dan Profesor Mushtak Al-Atabi, Provos dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Universiti Heriot-Watt.
Kerjasama ini akan menyaksikan Fusionex juga memberikan peluang pekerjaan dan latihan amali kepada graduan bagi program sains data universiti itu, serta menubuhkan sebuah biasiswa dan program lain untuk pelajar-pelajar yang cemerlang. Bidang kerjasama lain termasuk aktiviti perundingan bersama dalam pelbagai bidang akademik dan profesional, organisasi bersama bagi acara-acara berkaitan sains data dan menyediakan bimbingan kepada cendekiawan universiti itu.
MoU itu adalah selaras dengan usaha Fusionex untuk memupuk satu generasi baharu bagi saintis, penganalisis dan jurutera data yang dilengkapi sepenuhnya untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi landskap teknologi,  pada masa sekarang dan di masa hadapan. Selanjutnya, kepakaran Fusionex di dalam teknologi data akan memberikan kuasa kepada pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran untuk meneroka jalan yang berbeza bagi membuat lebih banyak inovasi dan kejayaan di dalam industri itu.
“Dalam dunia hari ini, inovasi canggih di dalam teknologi digital memainkan peranan besar dalam cara orang bekerja dan bermain. Oleh itu, Fusionex merasa berbesar hati untuk bekerjasama dengan Universiti Heriot-Watt bagi memupuk sebuah tenaga kerja masa hadapan yang bukan sahaja sangat dicari oleh organisasi, tetapi juga mahir dalam menangani sebarang cabaran dan menyelesaikan masalah. Kami berharap kerjasama ini akan menjadi satu motivasi bagi pelajar-pelajar universiti untuk mencapai kejayaan, dengan itu mencipta generasi baharu bagi inovator yang hebat dan bakat luar biasa bagi teknologi data,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex, Dato’ Seri Ivan Teh.

No comments:

Post a Comment