Saturday, April 11, 2020

SYMPHONY HEALTH AKAN MENYEDIAKAN AKSES PERCUMA KEPADA MODUL COVID-19 METYS(TM) BAHARU UNTUK INDUSTRI SAINS HAYAT YANG BERPANGKALAN DI A.S SEMASA PANDEMIK.

Modul COVID-19 Metys menyampaikan analitik dan kepintaran pasaran farmaseutikal dengan pantas melalui satu titik akses tunggal

RALEIGH, N.C., 10 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- PRA Health Sciences (NASDAQ: PRAH) hari ini mengumumkan bahawa Symphony Health, sebuah syarikat PRA Health Sciences, akan menjadikan lesen 30 hari bagi keluaran terbaharunya iaitu Modul COVID-19 MetysTM tersedia kepada industri sains hayat A.S. tanpa bayaran.

Modul COVID-19 dalam platform Metys akan menyediakan sehingga tiga pengguna bagi setiap syarikat akses kepada semua ubat dan pasaran dalam mana-mana rantau geografi A.S. sehinggalah CBSA (kawasan statistik berasaskan teras). Modul ini akan merangkumi sejarah sehingga Oktober 2018 untuk memastikan akses kepada aliran musim selesema perbandingan dalam tahun sebelumnya, dengan data Mac 2020 akan tersedia pada 10 April. Syarikat boleh menerbitkan atau melaporkan wawasan atau penemuan daripada data dengan keizinan terdahulu daripada Symphony.

Dikuasakan oleh IDV® (Integrated Dataverse) Symphony, Metys merupakan platform pertama seumpamanya yang menyampaikan analitik dan kepintaran pasaran farmaseutikal yang kedua-dua tepat pada masanya dan menyeluruh. Metys ialah alat berdasarkan web yang menyepadukan preskripsi, pembayar dan data pesakit yang ditanpanamakan secara pintar melalui satu titik akses tunggal — kesemuanya sementara menyampaikan wawasan yang lebih pantas daripada sebarang alat lain dalam industri. Metys mengakses lebih daripada 60 terabait data mingguan dan bulanan yang dirangkumkan secara automatik, mencerminkan keluasan data dan kemajuan dalam pembelajaran mesin.

“COVID-19 telah menyampaikan cabaran yang tidak pernah berlaku sebelum ini kepada industri sains hayat di A.S. dan seterusnya,” kata Doug Fulling, Presiden, Symphony Health. “Sementara kami digerakkan untuk menentang COVID-19, mereka yang dalam bidang sains hayat boleh menggunakan data dan wawasan yang tersedia untuk melihat arah aliran, untuk bertindak dengan cepat kemudian merancang untuk masa depan. Kami berharap tahap wawasan ini daripada salah satu pangkalan data yang paling teguh di A.S bukan sahaja akan memanfaatkan klien dan pesakit mereka, tetapi juga masyarakat secara keseluruhan.”

Organisasi sains hayat yang ingin mengaktifkan tawaran ini boleh menghubungi Symphony Health di solutions@symphonyhealth.com atau dengan mengisi borang: https://symphonyhealth.prahs.com/covid-19.

PERIHAL PRA HEALTH SCIENCES

PRA (NASDAQ: PRAH) merupakan salah sebuah organisasi penyelidikan kontrak global utama melalui pendapatan, menyediakan pembangunan klinikal yang disumber luar dan perkhidmatan penyelesaian data kepada industri bioteknologi dan farmaseutikal. Platform pembangunan klinikal global PRA merangkumi lebih daripada 75 pejabat merentas Amerika Utara, Eropah, Asia, Amerika Latin, Afrika Selatan, Australia dan Timur Tengah, dan memiliki lebih 17,500 pekerja di seluruh dunia. Sejak tahun 2000, PRA telah mengambil bahagian dalam kira-kira 4,000 percubaan klinikal di seluruh dunia. Selain itu, PRA mengambil bahagian dalam ujian penting atau sokongan yang berjaya memperoleh kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubatan A.S. atau pengawal selia antarabangsa untuk lebih 95 ubat. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.prahs.com.

PERTANYAAN PELABUR: InvestorRelations@prahs.com

PERTANYAAN MEDIA:
Laurie Hurst, Pengarah, Komunikasi dan Perhubungan Awam
HurstLaurie@prahs.com, +1.919.786.8435

PERIHAL SYMPHONY HEALTH

Symphony Health, iaitu subsidiari yang dimiliki sepenuhnya oleh PRA Health Sciences, ialah peneraju pembekal data bernilai tinggi, analisis dan penyelesaian teknologi bagi pengilang farmaseutikal, penyedia jagaan kesihatan dan pembayar. Syarikat tersebut membantu pelanggan memahami kejadian, prevalens, perkembangan, rawatan, dan pengaruh penyakit sepanjang proses pesakit dan pemberi preskripsi dengan menyambungkan dan menyepadukan set data utama dan sekunder yang luas serta menyediakan kepakaran penyelidikan, analisis dan perundingan. Data terbitan daripada Symphony Health meningkatkan keputusan pengurusan kesihatan dan membantu pelanggan memacu pertumbuhan hasil sementara memberikan pandangan dalaman yang kritikal tentang cara membuat penyesuaian yang berkesan untuk menghadapi ekosistem jagaan kesihatan yang berubah-ubah. Untuk maklumat lanjut tentang Symphony Health, sila lawatiwww.symphonyhealth.prahs.com.

Sumber: PRA Health Sciences, Inc.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=13284

No comments:

Post a Comment