Monday, October 4, 2021

BANK MUAMALAT, AKPK ANJUR SIRI WEBINAR UNTUK BANTU INDIVIDU HARUNGI CABARAN KEWANGAN ERA PANDEMIK

Jalin kerjasama untuk tingkatkan tahap celik kewangan ketika norma baharu 

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) pada 30 September 2021 telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi membangunkan siri webinar literasi kewangan dan pengurusan hutang. Melalui MoU ini, Bank Muamalat akan menganjurkan siri webinar tersebut secara percuma untuk kakitangan syarikat panelnya, sementara AKPK akan menyediakan tenaga pakar bagi menyampaikan modul berhubung pengurusan kewangan kepada peserta.
 
Pada majlis menandatangani MoU yang diadakan secara maya ini,  Bank Muamalat diwakili oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairul Kamarudin sementara AKPK pula diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azaddin Ngah Tasir. Majlis ini turut disaksikan oleh Pengarah Bahagian Perbankan Runcit, Zury Rahimee Zainal Abiden dan Pengurus Khas Perhubungan Awam (Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif), Mohamad Khalil Jamaldin. 
 
Jalinan kerjasama antara Bank Muamalat, selaku sebuah institusi perbankan Islam sepenuhnya di negara ini, dan AKPK adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia. Sehingga kini, Bank Muamalat telah pun menganjurkan 65 sesi webinar dengan jumlah capaian penonton sebanyak 67,033. Program ini akan diteruskan hingga Disember 2021 dengan penyertaan AKPK bagi memberi pendedahan mengenai pengurusan kewangan untuk meningkatkan tahap celik kewangan dalam kalangan peserta di era pandemik.
 
Presiden and Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata siri webinar ini bertujuan membantu peserta untuk menangani cabaran dalam menguruskan kewangan peribadi terutamanya susulan situasi pandemik COVID-19 yang berlarutan di negara ini. Peserta webinar akan diberikan pendedahan mengenai amalan pengurusan kewangan yang berhemat, termasuk aspek pengurusan pembiayaan.

“Melalui kerjasama ini, Bank Muamalat dapat melaksanakan tanggungjawab kewangan sosialnya untuk membantu memupuk tabiat kewangan yang baik bagi menghasilkan impak positif ke atas ekonomi negara. Kerjasama antara Bank Muamalat dengan AKPK adalah hasil visi bersama kedua belah pihak untuk meningkatkan tahap celik kewangan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Usaha ini perlu diperhebatkan kerana ramai individu mengalami kemelut kewangan akibat pengurangan gaji atau pemberhentian kerja sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan,” kata Khairul.
 
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Azaddin Ngah Tasir berkata pandemik COVID-19 telah menyedarkan orang ramai mengenai betapa pentingnya menguruskan kewangan masing-masing, terutamanya pada waktu yang mencabar ini.
 
“Melalui kolaborasi dengan Bank Muamalat, AKPK dapat meningkatkan capaiannya kepada lebih ramai individu masyarakat—isi rumah, mahupun PKS—untuk memberikan pendidikan kewangan dan khidmat nasihat kewangan serta pengurusan hutang yang bertumpuan pelanggan. Memperkasakan individu dengan literasi kewangan akan memberikan mereka ketenangan minda. Mereka bukan sahaja dapat menilai dan mencari jalan penyelesaian kewangan untuk melangsaikan hutang tetapi juga dapat meningkatkan taraf hidup untuk masa hadapan yang lebih baik,” kata Azaddin.
 
Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatan kewangan yang disediakan oleh Bank Muamalat sila  layari www.muamalat.com.my,  hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Bank Muamalat di talian 03-2600 5500 atau imbas kod QR di bawah untuk memohon pembiayaan.

Mengenai Bank Muamalat Malaysia Berhad

Bank Muamalat adalah sebuah insitusi kewangan Islam yang telah ditubuhkan pada 1 Oktober 1999, dan dikawal selia di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA). Sebagai sebuah institusi kewangan Islam sepenuhnya, Bank Muamalat menawarkan pelbagai perkhidmatan yang memenuhi keperluan kedua-dua pihak iaitu individu dan institusi.

Secara umum, Bank Muamalat menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan individu seperti akaun deposit, pengurusan aset, pembiayaan kenderaan, pembiayaan rumah dan juga pembiayaan peribadi. Bank Muamalat juga menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan kepada pelanggan insitusi dan korporat, daripada khidmat pengurusan tunai, penyelesaian pembayaran,  kewangan perdagangan dan eksport antarabangsa, pertukaran asing, pembiayaan, dan urusniaga pasaran modal. Bank Muamalat mempunyai 67 buah cawangan, selain mempunyai kemudahan perbankan internet iaitu i-Muamalat, serta e-muamalat yang merujuk kepada rangkaian ATM, CDM, dan CICO yang boleh didapati di hampir 141 lokasi seluruh negara. Kami juga turut menyediakan perbankan internet korporat mengikut keselesaan anda.

Bank Muamalat merupakan ahli Kumpulan DRB-HICOM Berhad di mana ia memiliki 70% saham Bank dengan baki kepentingan dipegang oleh Khazanah Nasional Berhad, sebuah cabang pelaburan negara. Bank Muamalat telah diterima secara rasmi sebagai ahli GABV pada 15 November 2017. Bank Muamalat ialah bank Islam pertama di dunia dan yang pertama di rantau Asia Tenggara menjadi ahli Global Alliance for Banking in Values (GABV).

Mengenai AKPK

AKPK beribu pejabat di Menara Bumiputra-Commerce sejak Jun 2020. Pada masa ini, orang ramai digalakkan untuk menghubungi AKPK melalui pautan perkhidmatannya, services.akpk.org.my untuk pertanyaan atau bantuan, atau mengunjungi laman webnya di akpk.org.my atau rujuk laman media sosial AKPK di @AKPKofficial untuk maklumat lanjut. Harap maklum bahawa perkhidmatan AKPK adalah PERCUMA kepada individu dan PKS dan tidak pernah melantik ejen pihak ketiga untuk menjalankan perkhidmatannya.

Tanpa mengira perubahan dan pengembangannya, AKPK terus mengguna pakai moto sejagatnya, iaitu Amalkan Pengurusan Kewangan yang Berhemat Sebagai Budaya Hidup.

Sumber: Bank Muamalat

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Bank Muamalat
Nama: Mathini Raman
Tel: +6013 215 1922
Emel: mathini.raman@muamalat.com.my 

AKPK
Nama: Cik Sazlin Zainal Abidin
Tel: +6012-343 0502
Emel: sazlin.za@akpk.org.my

Nama: Mohamad Khalil bin Jamaldin
Tel: +6012-219 2344
Emel: khalil@akpk.org.my 

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment