Saturday, October 2, 2021

JOHNS MANVILLE MEMPERBAHARUI IKRAR UNTUK MEMBINA SEBUAH HARI ESOK YANG LEBIH BAIK, MENETAPKAN MATLAMAT 2025 DALAM LAPORAN KELESTARIAN BAHARU

DENVER, 1 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Johns Manville (JM), sebuah pengeluar global terkemuka bagi produk bangunan cekap tenaga dan bahan khas yang direkayasa dan sebuah syarikat Berkshire Hathaway, telah mengeluarkan Laporan Kelestarian 2021 mereka hari ini. Laporan ketujuh JM menyampaikan komitmen mereka terhadap satu pendekatan seimbang yang memberi manfaat kepada pihak berkepentingan dan juga syarikat itu. Laporan itu boleh diperolehi di www.jm.com/sustainability.

“JM sedang meneruskan perjalanan mereka di dalam kelestarian dengan niat dan ikrar yang diperbaharui untuk Membina sebuah Hari Esok yang Lebih Baik,” kata Bob Wamboldt, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif. “Tumpuan kami terhadap kelestarian melengkapi nilai-nilai teras kami iaitu Orang, Semangat, Melaksana dan Melindungi, yang membantu kami mendorong Pengalaman JM yang positif dan berkuasa untuk pekerja, pelanggan dan pembekal kami.”

Laporan baharu itu termasuk satu kemas kini mengenai kemajuan terhadap Matlamat Kelestarian 2020 JM dan memperkenalkan Matlamat Kelestarian 2025 di dalam satu rangka kerja universal baharu.

“Peristiwa yang berkaitan dengan pandemik global, ketidakadilan kaum, perubahan iklim dan ketidakstabilan ekonomi mengukuhkan mengapa kelestarian adalah sangat penting,” kata Tim Swales, Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Teknologi. “Rangka kerja kelestarian baharu kami berhasrat untuk mengurangkan impak kami di planet ini dengan secara signifikan mengurangkan penciptaan dan penimbunan sampah, memperluaskan sokongan bagi tenaga kerja global kami dengan satu penekanan kepada keselamatan, kepelbagaian dan penyertaan, dan membuat pembaharuan produk yang lebih cekap tenaga bagi sebuah masa depan yang nyahkarbon.”

Laporan 2021 itu telah dibangunkan “bersesuaian” dengan pilihan Teras Standard Pelaporan Kelestarian GRI dan telah dikaji semula oleh Perkhidmatan Pendedahan Kematanan GRI.

Maklumat mengenai Johns Manville

Johns Manville, sebuah syarikat Berkshire Hathaway (NYSE: BRK.A, BRK.B), adalah sebuah pengeluar terkemuka dan pemasar bagi produk berkualiti premium untuk penebat bangunan, penebat mekanikal, bumbung komersil dan penebat bumbung, serta gentian dan bukan tenunan untuk penggunaan komersial, perindustrian dan kediaman. JM melayani pasaran yang termasuk aeroangkasa, automotif dan pengangkutan, pengendalian udara, perkakasan, HVAC, paip dan peralatan, penurasan, pengalisan air, bangunan, lantai, dalaman dan tenaga angin. Menceburi perniagaan sejak tahun 1858, syarikat yang berpusat di Denver itu mempunyai jualan tahunan lebih $3 bilion dan memegang kedudukan kepimpinan di kesemua pasaran utama yang dilayani mereka. Johns Manville mempunyai 8,000 orang pekerja dan mengendalikan 46 kemudahan pembuatan di Amerika Utara, Eropah dan China. Maklumat tambahan boleh diperolehi di www.jm.com

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15054

No comments:

Post a Comment