Friday, October 8, 2021

ZYNGA MEMETERAI PEMEROLEHAN BAGI PEMBANGUN PERMAINAN MUDAH ALIH STARLARK; MEMPERLUASKAN PORTFOLIO PERMAINAN DENGAN FRANCAIS POPULAR, GOLF RIVAL

 



Table
 


Zynga Memeterai Pemerolehan bagi Pembangun Permainan Mudah Alih StarLark; Memperluaskan Portfolio Permainan dengan Francais Popular, Golf Rival (Grafik: Business Wire)
 
  • Membawa sebuah Pasukan Pembangunan Berbakat dan Francais Popular yang Baharu kepada Zynga
  • Memperluaskan Kehadiran Zynga di Peringkat Antarabangsa dengan sebuah Studio di China
  • Menambahkan Projek Baharu dalam Pembangunan Awal
  • Zynga akan Mengemas kini Panduan Tahun Penuh 2021 Apabila Melaporkan Keputusan Kewangan Suku Ketiga 2021 pada 8 November, 2021


SAN FRANCISCO, 8 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Zynga Inc.  (Nasdaq: ZNGA), sebuah peneraju dunia di dalam hiburan interaktif, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memeterai pengambilalihan ke atas StarLark, pemaju bagi permainan golf mudah alih kedua terbesar dan pesat berkembang di dunia, Golf Rival, dari Betta Games untuk harga pembelian kira-kira $525 juta bentuk tunai dan saham.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20211007005016/en/

StarLark membawa kepada Zynga pasukan pengembangan berbakat di belakang permainan mudah alih yang popular, Golf Rival, di mana pemain dari semua peringkat kemahiran bersaing dalam pertandingan pemain lawan pemain dalam masa nyata, termasuk kejohanan berbilang pemain di padang golf yang hebat dengan kelengkapan yang dapat disesuaikan. Pemerolehan itu juga memperluaskan kehadiran Zynga di peringkat antarabangsa dengan mewujudkan sebuah studio baharu di China dengan akses kepada kumpulan bakat kreatif di rantau itu. StarLark akan terus dipimpin oleh Pengasas dan Pengurus Besarnya, Henry You, dan pasukan pengurusannya sekarang. StarLark mempunyai projek tambahan dalam pembangunan.

“Kami sangat berbesar hati untuk mengalu-alukan pasukan StarLark yang sangat luar biasa ke Zynga,” kata Frank Gibeau, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Zynga. “StarLark dan Zynga berkongsi satu visi yang sama - untuk menyatukan orang melalui permainan. Dengan Golf Rival, kami memperluaskan portfolio Zynga dengan satu francais popular yang baharu dan mewujudkan kehadiran sebuah pemaju di China, sebuah negara dengan bakat teknikal dan kreatif yang tiada tandingannya. Sebagai sebuah pasukan yang digabungkan, kami berada pada kedudukan yang baik untuk berkembang lebih pantas bersama.”

“StarLark berkongsi satu minat yang sama dengan Zynga untuk menyatukan pemain mudah alih dari mana sahaja di dunia. Dengan bekerjasama dengan Zynga, kami akan mempunyai akses kepada sumber dan kepakaran global syarikat itu yang luas, sambil terus mengembangkan kandungan baharu dan menarik untuk pemain,” kata Henry You, Pengasas dan Pengurus Besar StarLark. “Kami sangat teruja untuk memulakan babak baharu dalam perjalanan kami yang seterusnya dengan Zynga, sebuah pemimpin global di dalam permainan mudah alih.”

Penutupan bagi pemerolehan ini berkuat kuasa pada 5 Oktober, 2021. Zynga menjangka akan mengemas kini panduan tahun penuh 2021 mereka ketika melaporkan keputusan kewangan suku ketiga 2021 mereka pada Isnin, 8 November.

Nota Editor

Visual penting dan aset siaran tersedia untuk digunakan pada pautan berikut:
https://www.dropbox.com/sh/89wkhslxyahx40b/AACLP9FV4kja4SDozzWJCXLya?dl=0

Maklumat mengenai Zynga
 
Zynga adalah sebuah peneraju dunia di dalam hiburan interaktif dengan satu misi untuk menghubungkan dunia menerusi permainan. Dengan satu jangkauan global yang luas di lebih 175 buah negara dan wilayah, Zynga mempunyai portfolio yang pelbagai bagi francais permainan popular yang telah dimuat turun lebih empat bilion kali di telefon bimbit termasuk CSR Racing™, Empires & Puzzles™, Hair Challenge, Harry Potter: Puzzles & Spells, High Heels!, Merge Dragons!™, Merge Magic!™, Queen Bee™, Toon Blast™, Toy Blast™, dan Words With Friends™. Dengan Chartboost, sebuah platform pengiklanan dan pengewangan mudah alih yang terkemuka, Zynga adalah sebuah platform generasi seterusnya yang terkemuka di dalam industri dengan keupayaan untuk mengoptimumkan pengiklanan dan kadar hasil programatik pada skala. Ditubuhkan pada tahun 2007, Zynga beribu pejabat di California dengan mempunyai lokasi di Amerika Utara, Eropah dan Asia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zynga.com atau ikuti Zynga di TwitterInstagramFacebook atau di blog Zynga.

Kenyataan yang Berpandangan ke Hadapan

Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan dalam konteks maksud Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995, termasuk kenyataan yang berkaitan, antara lain: keupayaan kami untuk mencapai faedah yang diharapkan daripada pemerolehan Beijing StarLark Technology Co., Ltd. (“StarLark)” dan francais permainan mudah alih Golf Rival, termasuk pertumbuhan francais Golf Rival, pengembangan bagi permainan masa depan, dan menarik dan mengekalkan pengembangan utama dan kakitangan lain. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan sering kali mempunyai perkataan seperti “terunjur”, “terancang,” “bermaksud,” “akan,” “menjangka,” “percaya,” “sasaran,” “mengharapkan,” dan kenyataan dalam bentuk kala kelak yang secara umumnya berbentuk pandangan ke hadapan. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini bukan jaminan bagi prestasi masa depan dan menggambarkan jangkaan semasa pengurusan. Pencapaian atau kejayaan bagi perkara-perkara yang diliputi oleh kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini melibatkan risiko, ketidakpastian, dan andaian yang signifikan, dan keputusan sebenar kami mungkin berbeza dari segi material daripada yang diramalkan atau yang tersirat. Pergantungan yang tidak wajar tidak boleh diletakkan pada kenyataan yang berpandangan ke hadapan seperti itu, yang didasarkan kepada maklumat yang diperolehi kepada kami pada tarikh berkenaan. Kami tidak berkewajiban untuk mengemas kini kenyataan tersebut. Maklumat lanjut mengenai risiko, ketidakpastian, dan andaian ini dan faktor tambahan yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza adalah atau akan dijelaskan dengan lebih terperinci dalam pemfailan awam kami dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (“SEC”), salinannya boleh diperolehi dengan melayari laman web Perhubungan Pelabur kami di http://investor.zynga.com atau di laman web SEC di www.sec.gov.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20211007005016/en/

Hubungi

Perhubungan Pelabur:
Rebecca Lau
Investors@zynga.com

Perhubungan Media:
Sarah Ross
Saross@zynga.com


Sumber : Zynga

No comments:

Post a Comment