Friday, October 8, 2021

CHUNGCHEONGBUK-DO AKAN MENGHOSKAN 'EKSPO KOSMETIK & KECANTIKAN OSONG KOREA 2021' DALAM TALIAN DAN DI LOKASI SECARA SERENTAK

‘Ekspo Kosmetik & Kecantikan Osong Korea 2021’ itu, yang dihoskan oleh Chungcheongbuk-do dan Cheongju dan dianjurkan oleh Yayasan Promosi Osong Bio, akan berlangsung dari 19 hingga 23 Oktober di laman web rasmi mereka dan di sekitar stesen Osong di Chungcheongbuk-do, Selatan Korea. Di bawah tema ‘K-kecantikan, dari Osong di Chungcheongbuk-do kepada Dunia,’ Pavilion Promosi Perniagaan dan Produk untuk Niaga ke Niaga (B2B) akan dibuka sebagai ‘Pameran Dalam Talian’, dengan ‘Dewan Pasaran Luar Talian’ untuk Niaga ke Pengguna (B2C). Khusus untuk B2C, jualan dalam talian melalui pameran Smartstore NAVER dan perdagangan langsung akan juga dijalankan. Pelbagai program lain, seperti ‘perkhidmatan kaunseling eksport video,’ ‘e-Persidangan,’ dan ‘acara dan pengalaman dalam talian dan luar talian’ akan disediakan. (Grafik: Business Wire)

- Ekspo itu untuk menyediakan pelbagai program di bawah tema ‘K-kecantikan, dari Osong di Chungcheongbuk-do kepada Dunia’

CHEONGJU, Korea Selatan, 8 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE)-- ‘Ekspo Kosmetik & Kecantikan Osong Korea 2021’ yang dihoskan oleh Chungcheongbuk-do dan Cheongju dan dianjurkan oleh Yayasan Promosi Osong Bio, akan berlangsung selama lima hari dari 19 hingga 23 Oktober di laman web rasmi (http://www.osongbeautyexpo.kr) dan di sekitar stesen Osong di Chungcheongbuk-do, Korea Selatan.
 
Ekspo itu telah diadakan sejak tahun 2013 untuk memupuk industri kosmetik dan kecantikan, sebuah industri strategik bagi Wilayah Chungcheongbuk-do, dan untuk membantu perniagaan bersaiz kecil dan sederhana memasuki pasaran luar negeri.

Tahun ini, di bawah tema ‘K-kecantikan, dari Osong di Chungcheongbuk-do kepada Dunia,’ Pavilion Promosi Perniagaan dan Produk untuk Niaga ke Niaga (B2B) akan dibuka sebagai ‘Pameran Dalam Talian,’ dengan ‘Dewan Pasaran Luar Talian’ untuk Niaga ke Pengguna (B2C). Ekspo itu menampilkan pelbagai acara terutamanya untuk B2C, seperti jualan dalam talian melalui pameran Smartstore NAVER dan perdagangan langsung.

‘Pameran Dalam Talian’ itu, sebuah pavilion promosi bagi perusahaan dan produk yang ditumpukan kepada B2B, menyediakan maklumat terperinci mengenai peserta dan produk yang dipaparkan yang dibahagikan kepada setiap kategori kosmetik, yang menjalankan satu pasukan tinjauan produk untuk menawarkan ulasan pengguna.

CHUNGCHEONGBUK-DO AKAN MENGHOSKAN 'EKSPO KOSMETIK & KECANTIKAN OSONG KOREA 2021' DALAM TALIAN DAN DI LOKASI SECARA SERENTAK

No comments:

Post a Comment