Wednesday, October 13, 2021

SBT DAN NTT COM AKAN MEMULAKAN PERCUBAAN BAGI SISTEM PAPARAN DAN PENYELESAIAN HARGA MATA WANG TEMPATAN UNTUK JUALAN DAN EKSPORT KERETA TERPAKAI RENTAS SEMPADAN


Table

Imej yang menunjukkan paparan mata wang tempatan (Grafik: Business Wire)


Kadar jaminan akan menghapuskan risiko bagi turun naik kadar pertukaran semasa tempoh pengangkutan luar negara yang lama


TOKYO, 13 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- SBT Co., Ltd. (SBT), sebuah syarikat perdagangan yang mengkhususkan diri di dalam mengeksport kereta dan kenderaan lain ke lebih 150 buah negara dan wilayah di seluruh dunia, dan NTT Communications Corporation (NTT Com), penyelesaian ICT dan perniagaan komunikasi antarabangsa di dalam Kumpulan NTT (TOKYO: 9432), hari ini mengumumkan bahawa mereka akan menjalankan satu percubaan bagi satu penyelesaian yang membolehkan butiran harga dan penyelesaian dipaparkan dalam mata wang tempatan pada kadar pertukaran yang dijamin di laman e-dagang rentas sempadan SBT.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20211012006268/en/

Percubaan itu, yang akan dimulakan pada 13 Oktober, akan memperkenalkan penetapan harga dan penyelesaian dalam mata wang tempatan di laman web e-dagang SBT - penyelesaian yang pertama seumpamanya dalam bidang e-dagang kenderaan rentas sempadan.¹ Perkhidmatan NTT Com “Home Currency Anywhere”™ (HCA)² akan digunakan untuk menjamin kadar pertukaran pada masa kontrak selama tempoh pengangkutan kenderaan itu. Tujuan bagi perkhidmatan baharu yang dicadangkan itu adalah untuk meningkatkan kemudahan bagi pengguna dan memperluaskan lagi pasaran bagi kenderaan terpakai, dan percubaan itu akan berusaha untuk memperlihatkan potensi keperluan selanjutnya di pasaran ini.

Proses pengesahan yang dibayangkan itu adalah seperti berikut:

Langkah 1: Memaparkan harga kereta dalam mata wang tempatan yang sesuai di laman web e-dagang SBT., mengukur tahap penggunaan pembeli, diikuti dengan satu tinjauan yang mengumpulkan alasan pengguna dalam memilih kadar mata wang tempatan dan maklumat balas mereka mengenai kemudahan tersebut.

Langkah 2: Bagi mata wang yang terbukti popular semasa Langkah 1, melaksanakan penyelesaian mata wang tempatan dan fungsi kadar jaminan, mengukur penggunaan kadar ini, diikuti dengan satu tinjauan yang mengumpulkan alasan bagi pengguna dalam memilih penyelesaian mata wang tempatan atau kadar pertukaran yang dijamin, dan sama ada mereka akan menggunakannya lagi.

Percubaan itu akan berlangsung dari Oktober 2021 sehingga Januari 2022 di laman web e-dagang rentas sempadan kenderaan terpakai SBT. SBT akan menggunakan perkhidmatan HCA untuk memaparkan harga dan jumlah penyelesaian di dalam mata wang tempatan bakal pembeli dan untuk menyediakan kadar yang dijamin bagi penyelesaian. NTT Com akan menyediakan kadar pertukaran mata wang asing yang dijamin dan akan bertanggungjawab untuk reka bentuk bagi platform e-dagang itu.

Berdasarkan kepada keputusan percubaan ini, kedua-dua syarikat itu berhasrat untuk menyediakan penetapan harga dan penyelesaian dalam mata wang tempatan berskala penuh pada kadar yang dijamin di Afrika, Amerika Latin, Asia, dan rantau lain yang tertentu, menjelang akhir 2022. Di samping itu, NTT Com “NoMado,”³ sebuah alat komunikasi dengan fungsi terjemahan berbilang bahasa, akan digunakan untuk memudahkan rundingan perniagaan dengan pelanggan luar negara dan oleh itu memperluaskan volum urus niaga.

Kerjasama ini dengan NTT Com akan membolehkan SBT untuk memperluaskan perniagaan mereka menjangkau sebuah model “Dari Jepun kepada Dunia” kepada sebuah model “Dari Dunia kepada Dunia”, dan syarikat itu akan terus mengembangkan perkhidmatan yang bertujuan meningkatkan kepuasan pelanggan di seluruh dunia.

Berdasarkan kepada visi perniagaan “Re-connect X™,” NTT Com akan menyumbang kepada merealisasikan sebuah masa depan yang lestari di dalam dunia norma baharu dengan menyediakan perkhidmatan dan penyelesaian ICT yang menghubungkan semula pengguna dan perniagaan dengan nilai-nilai baharu masyarakat dalam satu cara yang selamat, terjamin dan fleksibel.

Jumlah kereta terpakai yang dieksport dari Jepun ke negara-negara luar meningkat secara berterusan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dan pada masa ini dianggarkan kira-kira  1.47 juta unit setiap tahun, dengan jumlah nilai eksport sebanyak 700 bilion yen (kira-kira 6.2 bilion USD).Khususnya, eksport ke Kenya dan negara-negara Afrika yang lain telah meningkat sejak tahun 2016 sejajar dengan pertumbuhan ekonomi yang luar biasa di Afrika.

Kereta terpakai yang dieksport dari Jepun ke Afrika terutamanya diangkut melalui kapal, dengan penghantaran mengambil masa di antara 30 hingga 40 hari. Pembayaran yuran dibuat dalam pelbagai ansuran di antara waktu pemeteraian kontrak dan pendaratan kenderaan di negara yang dituju untuk mengurangkan risiko bagi kedua-dua penjual dan pembeli. Walau bagaimanapun, terdapat risiko berhubung turun naik kadar pertukaran semasa waktu pengangkutan yang lama itu. Dalam beberapa kes, pembekal tempatan tidak dapat menetapkan harga jualan kerana harga pembelian yang sebenar tidak dapat ditentukan sehingga kenderaan itu sampai di darat, dan pembeli individu harus menandatangani kontrak tanpa mengetahui harga pembelian yang sebenar. Di samping itu, kurangnya pengetahuan yang mendalam mengenai mata wang asing di kalangan banyak peserta pasaran seringkali menyebabkan kesilapan dilakukan semasa proses kontrak dan pembayaran dibuat.

Pautan yang berkaitan:
Laman web e-dagang rentas sempadan eksport kereta terpakai SBT
Tapak Perkhidmatan Home Currency Anywhere™
NTT Com akan Melancarkan perkhidmatan data maklumat dan urus niaga FX yang pertama di Jepun yang kadarnya dijamin. (Siaran akhbar yang diterbitkan pada 12 November, 2019)


1. Menurut SBT.
2. Home Currency Anywhere™ adalah sebuah perkhidmatan yang disediakan oleh NTT Com yang menyampaikan kadar FX dan maklumat urus niaga yang dijamin dalam sebuah persekitaran yang selamat dan terjamin.
3. NoMado adalah sebuah alat komunikasi baharu yang dibangunkan oleh NTT Com. Ia mempunyai fungsi terjemahan berbilang bahasa yang membolehkan ucapan seorang pengguna diterjemahkan secara serentak kepada bahasa lain, sebagai contoh semasa mesyuarat atau rundingan perniagaan dengan pihak di negara lain.
4. Merujuk kepada “Tinjauan Meliputi Pengukuhan Operasi Borong (2) - Eksport bagi Kenderaan Terpakai” yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Kereta Terpakai bagi Persatuan Pengedar Kereta Terpakai Jepun pada 26 April, 2021.
5. Re-connect X adalah visi yang telah diusahakan oleh NTT Com sejak tahun 2020. Di bawah visi ini, NTT Com menyumbang kepada merealisasikan sebuah masa depan yang lestari dalam sebuah dunia “norma baharu” dengan menyediakan perkhidmatan dan penyelesaian ICT yang “menyambung kembali pelanggan, perniagaan dan masyarakat dengan nilai baharu” dalam satu cara yang selamat, terjamin, dan fleksibel.


Re-connect X
https://www.ntt.com/en/about-us/re-connectx.html

Maklumat mengenai SBT

Perniagaan eksport kenderaan telah menjadi perniagaan teras bagi SBT selama lebih 28 tahun sejak penubuhannya pada tahun 1993. Ia merupakan satu daripada syarikat terkemuka di dalam industri itu dengan 3 pejabat domestik di Jepun dan 33 pejabat luar negeri bagi eksport kenderaan terpakai ke lebih 150 buah negara di seluruh dunia.
www.sbtjapan.com

Maklumat mengenai NTT Communications

NTT Communications menyelesaikan cabaran teknologi dunia dengan membantu perusahaan mengatasi kerumitan dan risiko di dalam persekitaran ICT mereka dengan penyelesaian infrastruktur IT yang terurus. Penyelesaian ini disokong oleh infrastruktur kami di seluruh dunia, termasuk rangkaian awam dan persendirian peringkat 1 global yang terkemuka di dalam industri yang menjangkau ke lebih 190 buah negara/wilayah, dan lebih 500,000m2 bagi kemudahan pusat data yang paling maju di dunia. Pasukan perkhidmatan profesional global kami menyediakan perundingan dan seni bina untuk daya ketahanan dan keselamatan yang diperlukan bagi kejayaan perniagaan anda, dan kemampuan berskala dan global kami tidak ada tolok bandingannya. Digabungkan dengan NTT Ltd., NTT Data, NTT DOCOMO, kami adalah merupakan Kumpulan NTT.
www.ntt.com | Twitter@NTT Com | Facebook@NTT Com | LinkedIn@NTT Com


Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20211012006268/en/

Hubungi

Untuk maklumat lanjut
Jabatan Sumber Manusia & Hal Ehwal Am
SBT CO., LTD.
E-mel: hrjp@sbtjapan.co.jp

Mitsuya Tomoda
Pusat Inovasi
NTT Communications
E-mel: xtech@ntt.com

Sumber : NTT Communications

No comments:

Post a Comment