Tuesday, October 26, 2021

INISIATIF BAUCAR REBAT TUNAI BAGI PEMBELIAN PRODUK KRAF TEMPATAN DI OUTLET KARYANEKA SEMPENA PEMBUKAAN SEMULA KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR, JALAN CONLAY

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui agensi Kraftangan Malaysia dan anak syarikatnya iaitu Syarikat Pemasaran Karyaneka Sdn Bhd (Karyaneka) menawarkan baucar rebat tunai bagi pembelian produk kraf tempatan di 10 outlet Karyaneka yang telah pun beroperasi sepenuhnya iaitu di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, MATIC Jalan Ampang, Muzium Negara, Dataran Putrajaya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Kompleks Kraf Melaka, Kompleks Kraf Johor, Kompleks Kraf Langkawi, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan Bangunan Parlimen.

Pemberian rebat tunai ini selaras dengan Pelan Pemulihan Pelancongan yang diumumkan MOTAC menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE), bertujuan untuk menggalakkan perbelanjaan domestik serta membantu merancakkan semula industri beli-belah Malaysia yang amat terkesan akibat pandemik COVID-19.

Pengunjung mahupun pelancong yang berkunjung ke semua outlet Karyaneka ini berpeluang mendapatkan potongan harga rebat tunai sebanyak RM30.00 bagi setiap pembelian bernilai RM100.00.  Sebagai contoh, pembelian RM200.00, akan mendapat potongan harga sejumlah RM60.00.  Selain itu, baucar ini turut diberikan di setiap penganjuran program promosi kraf, galeri jualan kraf di setiap cawangan Kraftangan Malaysia serta outlet usahawan kraf yang berdaftar di bawah Kraftangan Malaysia.

INISIATIF BAUCAR REBAT TUNAI BAGI PEMBELIAN PRODUK KRAF TEMPATAN DI OUTLET KARYANEKA SEMPENA PEMBUKAAN SEMULA KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR, JALAN CONLAY

No comments:

Post a Comment