Saturday, October 23, 2021

INTELSAT MENGUMUMKAN PERSARAAN TERANCANG BAGI STEPHEN SPENGLER SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

MCLEAN, Va., 22 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Intelsat S.A. (OTC: INTEQ), pengendali bagi rangkaian satelit dan terestrial bersepadu terbesar dan termaju di dunia, hari ini mengumumkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Stephen Spengler telah mengambil keputusan untuk bersara sebagai ketua pegawai eksekutif setelah kemunculan Syarikat itu daripada proses penyusunan semula kewangan mereka dan penamaan seorang pengganti. Sehingga masa itu, Spengler akan terus memikul jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif dan memimpin Intelsat melalui peringkat akhir bagi proses ini, sekali gus memastikan peralihan yang lancar.

“Kami semakin menghampiri penghujung dalam penyusunan semula dengan kekuatan kewangan yang lebih baik dan berada pada kedudukan yang ideal untuk memulakan satu strategi perniagaan baharu yang menarik bagi penyambungan rangkaian 5G generasi akan datang,” kata Spengler. “Ini adalah masa yang tepat untuk memperjelaskan rancangan persaraan saya agar langkah dapat dimulakan untuk mengenal pasti seorang pemimpin baharu untuk tempoh jangka panjang.”

Dave McGlade, Pengerusi bagi Lembaga itu, berkata, “Steve telah berkhidmat dengan Intelsat selama lebih 18 tahun dalam pelbagai kepimpinan kanan dan sebagai ketua pegawai eksekutif selama enam setengah tahun yang terakhir. Pemahaman beliau yang mendalam mengenai keperluan pelanggan kami menghasilkan di dalam banyak kejayaan komersial untuk tempoh yang berpanjangan. Pengawasan beliau yang tajam terhadap Syarikat itu ketika kami menjalankan penyusunan semula kewangan kami juga sangat terpuji. Beliau telah membantu membina asas bagi sebuah masa depan yang mantap, dan kami sangat berterima kasih.”

Egon Zehnder, sebuah firma pencarian eksekutif terkemuka, telah terlibat untuk mengetuai di dalam proses pencarian bagi seorang ketua pegawai eksekutif baharu.

Maklumat mengenai Intelsat

Sebagai arkitek asas bagi teknologi satelit, Intelsat mengendalikan rangkaian telekomunikasi satelit yang paling dipercayai di dunia. Kami menggunakan kepakaran dan skala global kami yang tiada tandingannya untuk menghubungkan orang, perniagaan, dan komuniti, tidak kira betapa sukar cabarannya. Intelsat sedang membangunkan masa depan komunikasi global dengan rangkaian 5G hibrid, pelbagai orbit, perisian yang ditentukan yang pertama di dunia yang direka untuk liputan mudah, lancar, dan selamat yang bertepatan pada bila dan di mana pelanggan kami sangat memerlukannya. Ikuti peneraju di dalam penyambungan global dan "Membayangkan Di Sini," bersama kami, di Intelsat.com

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15131

No comments:

Post a Comment