Tuesday, October 5, 2021

MARY KAY INC. BERPADU TENAGA DENGAN EQUAL RIGHTS TRUST UNTUK MERINTIS PENYELIDIKAN MENGENAI KETIDAKSAMAAN GENDER DALAM ALGORITMA DAN KECERDASAN BUATAN

 




DALLAS, 4 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Mary Kay Inc., sebuah pemimpin dunia di dalam pemerkasaan wanita, hari ini mengumumkan satu perkongsian dengan Equal Rights Trust (ERT), sebuah organisasi di mana misi mereka adalah untuk menghapuskan semua bentuk diskriminasi dan memastikan setiap orang dapat mengambil bahagian di dalam masyarakat pada asas yang sama rata. Diwujudkan pada tahun 2007, Trust itu bekerjasama untuk memajukan persamaan melalui undang-undang di seluruh dunia. Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, Mary Kay Inc. akan membantu ERT memulakan langkah terhadap satu bidang penyelidikan yang berinovatif mengenai kecerdasan buatan dan algoritma melalui lensa yang berasaskan gender.


Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: 
https://www.businesswire.com/news/home/20211004005308/en/

“Sebagai sebuah syarikat yang diasaskan pada misi untuk memperkayakan kehidupan wanita di mana sahaja, Mary Kay sentiasa mencari organisasi yang kita dapat wujudkan jalinan kerjasama untuk memberi impak kepada kesamaan gender di seluruh dunia,” kata Julia Simon, Ketua Pegawai Undang-undang dan Ketua Pegawai Kepelbagaian bagi Mary Kay Inc. “Kami sangat gembira untuk menyokong Equal Rights Trust di atas usaha mereka untuk membantu memajukan kesamaan dengan mereka bentuk dan seterusnya menempa jalan ke hadapan untuk bekerjasama dengan sektor swasta. Usaha kami dengan ERT secara khusus memberi tumpuan kepada merangka landskap baharu bagi kecerdasan buatan dan kesamaan gender, satu kebimbangan yang semakin meningkat di dalam era digital.”

Sokongan Mary Kay kepada ERT akan mempelopori satu bidang baharu bagi penyelidikan  mengenai impak diskriminasi terhadap sistem algoritma. ERT telah membangun dan menggalakkan model bagi penilaian impak kesamaan, yang menganjurkan satu pendekatan “kesamaan mengikut reka bentuk” dalam membuat keputusan awam dan swasta sebagai satu kaedah untuk memastikan penyertaan yang mempunyai kesamaan dan tidak mempunyai diskriminasi. Satu keutamaan langsung adalah untuk melancarkan satu inisiatif untuk mewujud dan menangani impak diskriminasi yang muncul bagi pembuatan algoritma, khususnya yang berkaitan dengan gender.

“Penggunaan algoritma dan kecerdasan buatan semakin merebak,” kata Ariane Adam, Timbalan Pengarah bagi Equal Rights Trust. “Teknologi ini dengan pantas menjadi bahagian penting di dalam analisis, komunikasi, dan bahkan infrastruktur undang-undang bagi masyarakat kita. Walaupun percambahan global bagi sistem itu, kita baharu sahaja mula memahami kepincangan, kekurangan, dan batasan bagi pembuatan keputusan algoritma, terutama di dalam perkara berhubung diskriminasi. Kami sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Mary Kay bagi memberikan penerangan mengenai potensi impak diskriminasi dalam menggunakan teknologi tersebut, khususnya bagi wanita.”

Penyampaian bagi inisiatif itu boleh dibahagikan kepada tiga fasa:
  • Fasa 1: penyelidikan mengenai munculnya impak yang berdiskriminasi bagi penggunaan pembuatan keputusan algoritma di dalam bidang pekerjaan, akses kepada pinjaman, dan akses kepada perumahan, termasuk satu tumpuan kepada impak wanita sebagai sebuah kumpulan yang sangat terdedah kepada diskriminasi dalam konteks ini .
  • Fasa 2: keterlibatan dengan pelbagai pelaku untuk membangunkan strategi advokasi untuk menggesa bagi satu kesamaan dengan pendekatan reka bentuk di dalam reka bentuk, pengembangan, pengeluaran dan pemantauan bagi teknologi AI.
  • Fasa 3: terlibat dengan pelaku antarabangsa, serantau dan kebangsaan untuk menetapkan standard yang mewajibkan satu persamaan dengan pendekatan reka bentuk.
Perkongsian itu dengan Equal Rights Trust adalah merupakan inisiatif terbaharu yang disokong oleh Mary Kay pada tahun 2021 untuk menyokong bagi kesamaan gender di mana sahaja. Selama hampir 60 tahun, Mary Kay telah komited untuk memperkasakan wanita dan keluarga mereka dengan menjalin perkongsian dengan organisasi dari seluruh dunia.

MAKLUMAT MENGENAI EQUAL RIGHTS TRUST

Equal Rights Trust adalah sebuah organisasi bukan kerajaan antarabangsa yang bebas yang wujud untuk menghapuskan diskriminasi dan memastikan semua orang dapat mengambil bahagian di dalam masyarakat mengikut asas yang sama rata. Untuk mencapai misi ini, ia bekerja dalam perkongsian dengan pejuang kesamaan – organisasi masyarakat sivil (CSO), peguam, wakil kerajaan, dan pihak lain yang komited untuk menggunakan undang-undang bagi mewujudkan sebuah dunia yang sama rata – memberikan mereka dengan sokongan teknikal, strategik dan praktikal yang mereka perlukan untuk berusaha bagi penerapan dan pelaksanaan undang-undang kesaksamaan yang komprehensif. Sejak tahun 2007, ia telah menyokong pejuang kesamaan di hampir 50 buah negara, dan pada masa yang sama membangunkan konsensus di peringkat antarabangsa mengenai perlunya dan kandungan bagi undang-undang kesamaan yang komprehensif. Ketahui maklumat lanjut di equalrightstrust.org

MAKLUMAT MENGENAI MARY KAY

Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikannya 58 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: membangunkan peluang-peluang yang berbaloi untuk wanita, menawarkan produk-produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna, makanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dan keluarga mereka dengan bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia, dengan memberi tumpuan kepada menyokong penyelidikan kanser, melindungi mangsa yang terselamat daripada penderaan rumah tangga, mencantikkan komuniti kita, dan mendorong anak-anak untuk mengejar impian mereka. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar — selangkah demi selangkah. Ketahui maklumat lanjut di marykayglobal.com 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15066

No comments:

Post a Comment