Bekas Eksekutif Veritas dan Symantec Membawa Pengalaman yang Mendalam di dalam Pengurusan Data dan Perlindungan Data kepada Pasaran ASEAN SINGAPURA, 9 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Cohesity hari ini mengumumkan pelantikan Sheena Chin sebagai pengarah urusan bagi penjualan untuk Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) bagi meneruskan pertumbuhan pesat syarikat itu di rantau berkenaan. Chin akan bertanggungjawab untuk memacukan strategi dan pelaksanaan pergi ke pasaran bagi rantau ASEAN, bekerjasama dengan rakan-rakan saluran, kejuruteraan sistem, operasi, dan pasukan pemasaran. Chin membawa kepakaran yang berbilang tahun di dalam pengurusan data ke Cohesity. Beliau menyertai Cohesity dari Veritas, di mana beliau berkhidmat sebagai pengarah negara Singapura, dengan membina satu kehadiran yang mantap di rantau itu dan memberi impak yang signifikan ke atas pendapatan sepanjang tempoh memegang jawatan dengan pertumbuhan tahun ke tahun yang konsisten. Sebelum itu, Chin bekerja sebagai seorang pengarah jualan perusahaan untuk Symantec, dengan mengembangkan perniagaan perisian keselamatan siber dan pengurusan maklumat syarikat itu di Asia Tenggara. Dengan lebih 20 tahun di dalam jualan teknologi perusahaan, Chin mempunyai pengalaman yang luas di dalam membangunkan penglibatan pelanggan yang mendalam dengan pelanggan global yang besar dan memperoleh kemenangan strategik dalam pasaran yang sangat kompetitif. Sepanjang kerjaya beliau, Chin telah membantu organisasi menangani cabaran bagi pertumbuhan data eksponen dengan memanfaatkan skala awan, mencapai kebingkasan dalam infrastruktur dan aplikasi, dan menyesuaikan diri dengan perlindungan data terkini dan keperluan pematuhan. “Cohesity sedang mengubah cara bagaimana organisasi melindungi dan menguruskan data mereka untuk mendapatkan nilai maksimum daripadanya,” kata Chin. “Saya amat teruja untuk membangunkan momentum hebat yang telah dicapai oleh Cohesity di rantau Asia Pasifik dan di tempat lain di seluruh dunia.” “Sheena mempunyai pengalaman yang luar biasa di dalam industri itu dan kepakaran yang sudah terbukti di dalam membangunkan operasi jualan perusahaan di pasaran ASEAN,” kata William Ho, naib presiden bagi jualan, Cohesity, Asia Pasifik. “Beliau memahami cabaran yang dihadapi oleh pelanggan dan bekerja tanpa mengenal penat lelah dengan rakan-rakan, penyedia perkhidmatan, dan pihak berkepentingan utama yang lain untuk memberikan penyelesaian yang mempunyai impak yang besar. Kami sangat gembira kerana beliau telah menyertai pasukan itu.” Maklumat mengenai Cohesity Cohesity membawa masuk satu era baharu di dalam pengurusan data yang menyelesaikan satu cabaran kritikal yang dihadapi oleh perniagaan pada hari ini: fragmentasi data massa. Sebahagian besar daripada data perusahaan — sokongan, arkib, perkongsian fail, stor objek, dan data yang digunakan untuk ujian/ pembangunan dan analisis — terletak dalam silo infrastruktur yang difragmentasi yang menjadikannya sukar untuk dilindungi, mahal untuk menguruskannya, dan sukar untuk dianalisis. Cohesity menggabungkan silo ke satu platform berskala web, yang menjangkau di premis, awan, dan di pinggir, dan secara uniknya memperkasakan organisasi untuk menjalankan aplikasi di platform itu — menjadikannya lebih mudah berbanding sebelum ini untuk membuat sandaran dan mendapatkan pemahaman daripada data. Cohesity adalah sebuah CNBC Disruptor 2019 dan telah dinamakan sebagai sebuah Perintis Teknologi oleh Forum Ekonomi Dunia. Layari laman web dan blog kami, ikuti kami di Twitter dan LinkedIn dan suka kami di Facebook. Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20191008005208/en/ Hubungi Ross Camp Naib president bagi Perhubungan Korporat rcamp@cohesity.com 415.846.4960 BOCA Communications bagi pihak Cohesity cohesity@bocacommunications.com Sumber : Cohesity |
Sunday, October 13, 2019
COHESITY LANTIK SHEENA CHIN UNTUK MEMACUKAN PERTUMBUHAN DAN PENGEMBANGAN DI ASIA TENGGARA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment