Tuesday, October 1, 2019

FUSIONEX DAN IMU MEMPERKENALKAN ANALISIS DATA BESAR UNTUK MEMPERCEPAT PENDIDIKAN DAN PENYELIDIKAN PERUBATAN

Perintis R&D perubatan yang dikuasakan AI yang pertama di negara ini

KUALA LUMPUR, Malaysia, 20 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Penyedia teknologi data yang telah memenangi pelbagai anugerah, Fusionex, dan universiti sains perubatan dan kesihatan swasta perintis Malaysia, Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) sedang mengambil satu langkah berani untuk mengintegrasikan Analisis Data Besar (BDA) dan Kecerdasan Buatan (AI) di dalam program sains perubatan dan kesihatan IMU. Dalam usaha untuk melengkapkan pembekal penjagaan kesihatan masa hadapan dengan set kemahiran dan pengetahuan yang betul, kerjasama ini akan menyaksikan lima program sarjana muda IMU masing-masing mengendalikan sebuah modul BDA.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190919005966/en/ 


Lima program itu adalah Sarjana Muda Farmasi (Kepujian), BSc (Kepujian) dalam Bioteknologi Perubatan, BSc (Kepujian) dalam Dietetik dengan Pemakanan, BSc (Kepujian) dalam Pemakanan, dan BSc (Kepujian) dalam Sains Bioperubatan. Ini akan menjadi sebahagian daripada program ijazah bukan ICT yang pertama untuk mengintegrasikan BDA sebagai sebahagian daripada sukatan pelajaran mereka.

Untuk memenuhi keperluan teknologi masa hadapan bagi industri itu, Fusionex akan menggunakan platform AI dan BDA mereka, Fusionex GIANT, untuk digabungkan ke dalam program yang ditawarkan oleh IMU.

Program-program ini akan menyediakan empat keputusan: satu gambaran keseluruhan mengenai kitaran hayat analisis, bagaimana analisis menyumbang kepada industri penjagaan kesihatan, mengapa membuat keputusan yang berasaskan data menjadi kunci bagi sebuah organisasi, dan secara efektif menggunakan kemahiran analisis dan AI dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan.

Fusionex dan IMU juga telah menyatakan komitmen untuk mengintegrasikan bidang teknologi dan perubatan dengan pertukaran satu Memorandum Perjanjian (MoA). MoA itu diserahkan oleh Timbalan Naib Canselor IMU Profesor Peter Pook dan Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex Dato' Seri Ivan Teh semasa Forum Analisis Data Besar Penjagaan Kesihatan.

Forum itu telah diadakan di kampus IMU dan dianjurkan bersama oleh IMU, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), dan Fusionex.

MoA itu menyaksikan kedua-dua pihak memanfaatkan kekuatan mereka masing-masing -- Fusionex menggunakan BDA dan AI, dan IMU menyalurkan kepakaran dan pengetahuan mereka di dalam industri penjagaan kesihatan -- untuk bekerja bersama-sama dalam pelbagai aspek Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) perubatan termasuk maklumat kanser, ubat-ubatan lanjutan, reka bentuk vaksin, dan analisis penjagaan kesihatan. 

No comments:

Post a Comment