Thursday, October 17, 2019

IMIGRASI PENTING UNTUK PRODUKTIVITI DAN PERTUMBUHAN EKONOMI GLOBAL, MENURUT LAPORAN BAHARU GMAC

Dengan memberikan perhatian pada laporan itu, 63 dekan dan Ketua Pegawai Eksekutif mengeluarkan surat terbuka menggesa perubahan dasar yang ketara dalam pendekatan AS Syarikat terhadap imigrasi berkemahiran tinggi

WASHINGTON, 16 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Graduate Management Admission Council (GMAC) hari ini mengumumkan Early Warning Signals: Winners and Losers in the Global Race for Talent. Laporan yang menyeluruh ini meneliti peranan imigrasi dalam menyumbang kepada pertumbuhan produktiviti dan pertumbuhan ekonomi global, keperluan untuk menyokong mobiliti antarabangsa bagi bakat merentasi sempadan, dan peranan penting yang dimainkan sekolah perniagaan sebagai penyaring kepada imigrasi berkemahiran dan pembangunan bakat. Laporan tersebut menganalisis data di Amerika Syarikat, Kanada, Britain, India dan China, serta meliputi data permohonan kemasukan ke sekolah perniagaan terkini yang dikeluarkan oleh GMAC hari ini melalui Application Trends Survey Report 2019.

“Sekolah perniagaan berada dalam kedudukan unik untuk menjelaskan cara mobiliti bakat berhubung dengan pertumbuhan dan daya tenaga ekonomi melalui penyelidikan dan kepakaran sekolah kami. Namun, sebagai pembangun bakat, kami juga mempunyai data hampir menyamai masa nyata yang menunjukkan aliran baharu bidang yang dipilih oleh bakat,” kata Bill Boulding, Pengerusi Lembaga GMAC dan Dekan Sekolah Perniagaan Fuqua di Universiti Duke. “Kami berpendapat pentingnya kami berkongsi maklumat ini sekarang dengan pembuat dasar di seluruh dunia memandangkan bakat bakal menjadi faktor terpenting dalam menentukan pihak yang menang dan kalah dari segi ekonomi pada masa hadapan. Isu yang kami kemukakan ini penting bukan hanya untuk menyediakan peluang pendidikan merentasi sempadan tetapi juga untuk menggalakkan aktiviti ekonomi nasional yang kukuh dan teguh. “

Bertujuan untuk menarik perhatian terhadap cabaran tertentu yang dihadapi oleh A.S., 63 Ketua Pegawai Eksekutif dan dekan dari sekolah perniagaan yang merentasi bahagian luas di seluruh negara termasuk sektor swasta dan awam telah menandatangani surat terbuka yang menggesa perubahan besar-besaran dalam pendekatan A.S. terhadap imigrasi berkemahiran tinggi. Surat itu menyatakan kebimbangan kerana A.S. tidak mempunyai bakat berkemahiran tinggi yang diperlukan atau kapasiti untuk melatih rakyat yang mempunyai bakat tersebut untuk kekal berdaya saing dalam ekonomi global.

Untuk menghalang aliran ini daripada berterusan, penandatangan mencadangkan pembaharuan dasar propertumbuhan termasuk:
- Menghentikan had visa “setiap negara”, memodenkan sistem pemprosesan visa dan membuat pembaharuan terhadap program visa H-1B untuk membolehkan bakat yang diperlukan mempunyai peluang munasabah untuk memasuki Amerika Syarikat.
- Mewujudkan “visa nusa teras” untuk menggalakkan imigrasi ke rantau Amerika Syarikat yang boleh menggunakan sebaiknya daya tenaga individu yang berbakat ini.

“Sekolah perniagaan yang berkualiti terus muncul di seluruh dunia dan persaingan menjadi sengit yang menandakan pasaran yang bertenaga,” kata Sangeet Chowfla, Presiden dan CEO GMAC.  “Namun, sekolah perniagaan tidak mempunyai kuasa. Pembuat dasar juga bertanggungjawab untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk mobiliti pelajar. Dengan berbuat demikian, mereka akan membuka peluang inovasi di samping membantu untuk mengekalkan kepelbagaian dalam kelas yang menjadi aspek kritikal dalam pendidikan pengurusan siswazah.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12683

No comments:

Post a Comment