Thursday, October 24, 2019

VISTA GLOBAL MEMPERKENALKAN PESAWAT BOMBARDIER GLOBAL 7500, JET PERNIAGAAN TERBESAR DAN BAGI JARAK TERJAUH DI DUNIA

VistaJet bakal menjadi syarikat penerbangan persendirian pertama yang menerbangkan penumpang secara komersial dengan lebih pantas dan jauh di samping menampilkan keselesaan unggul dalam pesawat revolusioner tunggal syarikat itu

LAS VEGAS, 23 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --

• PERTUMBUHAN YANG AGAK BESAR
- Armada sehingga enam pesawat Global 7500
- Pesawat baharu paling revolusioner sepanjang 10 tahun yang lepas dan 10 tahun akan datang

•  PERTAMA DAN SATU-SATUNYA
- VistaJet merupakan syarikat pertama dan satu-satunya yang menawarkan pelanggannya akses kepada armada pesawat Global 7500
- Jet pertama akan tiba pada Januari 2020 di samping lima lagi pesawat tambahan dalam tahun yang sama

• JET PERNIAGAAN UNTUK JARAK TERJAUH DAN TERBESAR
- Sehingga 7,700 batu nautika
- Kabin dengan empat bahagian, termasuk suit kabin khas persendirian kekal

• SATU LAGI PENCAPAIAN VISTA GLOBAL
- Vista Global menyambut pencapaian satu tahun dan terus memacu perubahan radikal dalam industri


“Vista Global ialah kumpulan pertama dan satu-satunya yang menawarkan akses kepada mesin penerbangan perniagaan yang unggul iaitu Bombardier Global 7500. Pesawat 7500 tiada tandingan dari segi kelajuan, ruang dan inovasi. Kebolehan kami untuk menawarkan pesawat ini kepada Ahli memastikan kami terus menerajui transformasi dalam industri penerbangan. Sejak syarikat penerbangan pertama saya iaitu VistaJet diasaskan pada 15 tahun yang lalu, saya telah mencari standard tertinggi untuk menawarkan pengalaman penerbangan terulung kepada pelanggan di samping menjimatkan kos. Kami telah menerajui perubahan dalam industri untuk memberi pelanggan kami armada pesawat dan perkhidmatan terbaik dan hari ini, kami berjaya mengulangi perubahan baharu. Kami sedang mereka bentuk masa hadapan landskap penerbangan. Pengumuman menarik ini dibuat hanya sebulan selepas Vista Global menyatakan komitmen untuk mengubah industri untuk melancarkan Internet jalur KU berkelajuan paling tinggi pada armada pesawatnya.
Thomas Flohr, Pengasas dan Pengerusi

Apakah yang diumumkan oleh Vista Global?
Vista Global yang merupakan ekosistem penerbangan persendirian dunia yang pertama hari ini mengumumkan pelaburan sehingga enam pesawat Global 7500 untuk ditambahkan kepada armada pesawat VistaJet dari Januari 2020, sekali gus menjadi syarikat pertama yang menawarkan akses kepada jet perniagaan terbesar dan jarak terjauh yang tersedia di pasaran.

Apakah yang menjadikan Global 7500 penting?
Pesawat 7500 memberi pelanggan Vista Global mesin penerbangan perniagaan yang tiada tandingan. Pesawat itu telah mencatatkan rekod dalam misi penerbangan tanpa henti yang terpanjang iaitu sejauh 8,225 batu nautika serta mencatatkan rekod kelajuan jarak jauh di antara Sydney dan Detroit, Michigan.

Pesawat itu juga telah mencatat rekod kelajuan di antara New York dan Los Angeles yang mencapai kelajuan 0.925 Mach dan mengekalkan kelajuan tersebut selama lebih dua jam dan melengkapkan penerbangan dari pantai ke pantai dalam masa 3 jam 54 minit.

Keupayaan pesawat itu bermakna penumpang boleh terbang sejauh jarak seperti dari Los Angeles ke Hong Kong dalam satu perjalanan dan tiba 21% lebih cepat daripada jet yang kedua terpantas. Pesawat Global 7500 akan memastikan penumpang dapat meneruskan hari mereka dengan lancar.

Apakah maknanya bagi penumpang?
Ketika melakukan perjalanan, penumpang dapat menikmati keselesaan dan ruang terbaik yang pernah disediakan.

Pesawat Global 7500 ialah satu-satunya jet perniagaan dengan empat ruang penumpang termasuk suit kabin persendirian tetap di belakang pesawat.

Ruang penumpang merangkumi meja dengan enam tempat duduk yang menampilkan reka bentuk baharu yang pertama dalam penerbangan perniagaan sepanjang 30 tahun. Tempat duduk yang dipatenkan itu memberi keselesaan dan boleh dibaringkan sepenuhnya.

Dengan ruang saji terbesar dalam penerbangan perniagaan, makanan dapat dihidangkan segar di udara dan penumpang bebas menikmati masakan mengikut menu dan cara yang diilhamkan daripada restoran bertaraf Michelin. Ketepatan sayap direka bentuk untuk kefleksibelan maksimum yang menghasilkan kestabilan yang tidak pernah berlaku dahulu bagi penerbangan yang luar biasa lancar.

Bagaimanakah keadaan ini sesuai bagi misi Vista Global?
Pengumuman hari ini menonjolkan cita-cita Vista Global untuk sentiasa menawarkan teknologi dan pesawat paling inovatif dan terkini kepada pasaran. Dalam masa hanya 12 bulan, syarikat itu telah berjaya memacu perubahan radikal di seluruh industri penerbangan persendirian. Sejak pelancarannya, Vista Global telah mengambil alih dua syarikat, XOJET dan JetSmarter dan melancarkan XO iaitu pasaran penerbangan persendirian global yang pertama di dunia serta mengumumkan kerjasama untuk melancarkan ketersambungan dalam pesawat yang terpantas di dunia.

Bilakah pesawat Global 7500 akan tersedia?
Ahli VistaJet berpeluang mendapatkan segera perkhidmatan penerbangan pesawat Global 7500 bermula Januari 2020. Syarikat itu membangunkan portfolio pesawat 7500 sepanjang tahun dan akan mengendalikan armada enam pesawat selewat-lewatnya pada akhir tahun 2020. Vista Global juga mempunyai pilihan untuk menambahkan pesawat tambahan pada tahun 2021 dan tahun berikutnya dalam jumlah yang sama untuk memenuhi permintaan pelanggan.

Setahun Pengumuman Vista Global

12 September 2019
Vista Global menampilkan ketersambungan dalam penerbangan terpantas kepada penerbangan persendirian
https://vistaglobal.com/wp-content/uploads/2019/09/Vista-Global-In-Flight-Connectivity.pdf

27 Jun 2019
Vista Global memperkenalkan XO, pasaran penerbangan persendirian global
https://vistaglobal.com/wp-content/uploads/2019/06/Vista-Global-presents-XO-The-Global-Private-Aviation-Marketplace.pdf

10 April 2019
Vista Global akan mengambil alih JetSmarter – Melaksanakan strategi pendigitalan bagi pasaran penerbangan persendirian Atas Permintaan global
https://vistaglobal.com/wp-content/uploads/2019/04/Press-Release_Vista-Global-x-JetSmarter.pdf

20 September 2018
Vista Global mengambil alih XOJET, peneraju syarikat penerbangan perniagaan Atas Permintaan di Amerika Utara yang dilengkapi 43 pesawat dan mengukuhkan kewujudan di seluruh dunia dengan 115 jet perniagaan
https://vistaglobal.com/wp-content/uploads/2018/09/Vista-Global_Acquisition-Announcement_FINAL.pdf

11 September 2018
Thomas Flohr melancarkan Vista Global untuk menggabungkan pasaran penerbangan perniagaan yang terpisah dan disokong oleh pelaburan bernilai $200M juta
https://vistaglobal.com/wp-content/uploads/2018/09/Launch-of-Vista-Global-Holding.pdf

Tentang Vista Global

Vista Global Holding merupakan ekosistem penerbangan persendirian yang pertama di dunia. Sebagai kumpulan global yang beribu pejabat di DIFC Dubai, Vista Global menyepadukan portfolio unik syarikat yang menawarkan perkhidmatan ringan aset untuk merangkumi semua aspek utama penerbangan perniagaan: liputan penerbangan global terjamin dan Atas Permintaan; penyewaan dan pembiayaan pesawat; serta teknologi penerbangan dan pasaran yang canggih. Misi kumpulan adalah untuk menerajui perubahan bagi memberi pelanggan perkhidmatan penerbangan paling maju dan bernilai terbaik, pada bila-bila masa, di mana-mana jua di seluruh dunia. Pengetahuan dan pemahaman Vista Global tentang semua aspek industri menyampaikan tawaran akhir-ke-akhir dan teknologi kepada mana-mana pelanggan penerbangan perniagaan, melalui VistaJet dan perkhidmatan berjenama XO.
Maklumat dan berita lanjut Vista Global di vistaglobal.com.

Maklumat Hubungan: press@vistaglobal.com               

Vista Global Holding Limited ialah syarikat induk bagi kumpulan syarikat VistaJet, termasuk VistaJet Limited, sebuah syarikat pengangkut udara Eropah yang mengendalikan pesawat 9H yang berdaftar di bawah Pengendali Udara Malta dengan Nombor Sijil MT-17.  VistaJet Limited dan sekutu kumpulan VistaJet bukanlah syarikat pesawat pengangkut udara terus Amerika Syarikat.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12713

No comments:

Post a Comment