Friday, October 4, 2019

"MUZIUM JAPAN MEDIA ARTS DISTRIBUTED": PAMERAN TERKINI DIADAKAN DI LAPANGAN TERBANG HANEDA DENGAN PEMASANGAN REALITI TERIMBUH YANG MENGGAMBARKAN ZAMAN FEUDAL MASA LAMPAU TOKYO

TOKYO, 3 Okt., 2019 /Kyodo JBN- AsiaNet/ --

Agensi bagi Hal Ehwal Kebudayaan sedang menggunakan Lapangan Terbang Haneda Tokyo untuk mengadakan pameran terkini dalam projek “Muzium Japan Media Arts Distributed”, sebuah inisiatif yang dilancarkan oleh cabang kerajaan itu untuk menunjukkan seni media/ budaya Jepun di kira-kira 10 lapangan terbang dan institusi lain. Acara di Haneda itu melengkapkan dengan satu lagi pameran yang sedang berlangsung di lapangan terbang itu yang melibatkan Muzium Nasional bagi Sejarah Jepun.

Gambaran Keseluruhan bagi Pameran di Lapangan Terbang Haneda
Tarikh & Masa: Rabu, 11 September, hingga Jumaat, 27 September, 2019 (Tahun 1 bagi Reiwa)
*Satu bahagian pengalaman karya seni dibuka kepada orang ramai di sana antara 11:30 dan 18:30 pada tarikh-tarikh ini.

Lokasi: berhampiran Jambatan Nihonbashi Haneda, Tingkat 5, Terminal Antarabangsa, Lapangan Terbang Haneda

Kandungan: Sebuah pemasangan yang dibangunkan oleh AR3Bros., satu kumpulan tiga pencipta realiti terimbuh (AR) Jepun, dengan motif bagi karya seni “Edo Scenes Folding Screens” dan “Edobashi Hirokoji (Edo Bridge Grand Avenue) Diorama.” Karya-karya ini yang menggambarkan zaman feudal Edo (Tokyo lama) dimiliki oleh Muzium Nasional bagi Sejarah Jepun. Satu bahagian telah diwujudkan di pameran itu bagi membolehkan pengunjung untuk mempunyai satu pengalaman interaktif dengan pemasangan itu dengan menggunakan peranti AR.

Laman web rasmi: https://jmadm.jp/en/

Agensi bagi Hal Ehwal Kebudayaan telah menganjurkan siri pameran “Muzium Japan Media Arts Distributed” di kira-kira 10 lapangan terbang dan di tempat-tempat lain, sebagai sebahagian daripada projek baharu mereka untuk mempamerkan seni media/ kebudayaan Jepun di pintu masuk ke wilayah-wilayah yang berbeza di negara itu. Acara ini di Lapangan Terbang Haneda menyusuli pameran pertama, yang telah diadakan di Lapangan Terbang Chitose Baharu berhampiran Sapporo di utara Jepun. Segmen Haneda bagi projek “Muzium Distributed” itu dianjurkan dengan kerjasama satu lagi pameran lain di lapangan terbang tersebut, bertajuk “HANEDA × REKIHAKU: Fikir Jepun” dan dianjurkan bersama oleh Tokyo International Air Terminal Corporation dan muzium sejarah itu yang dikenali dengan nama singkatannya REKIHAKU.

Pemasangan itu, yang bertajuk “Cari Iemitsu (Shogun Tokugawa Iemitsu) daripada Folding Screens, dan anda akan mengalami era Edo dengan teknologi AR,” yang diterbitkan oleh unit kreatif AR3Bros. dengan menggunakan teknologi AR. Artis-artis dan pencipta yang dipaparkan dalam siri ini merakamkan sumber-sumber kebudayaan yang terbit daripada pelbagai persekitaran sosial tempatan sekarang melalui perspektif segar mereka dan memaparkannya di tempat-tempat seperti lapangan terbang, yang berfungsi sebagai pintu masuk ke wilayah-wilayah ini. Dengan mempamerkan hasil karya seni media ini, penganjur turut mengundang  pelawat untuk meneroka semangat sebenar bagi budaya-budaya ini pada sepanjang perjalanan mereka.

- Penganjur juga sedang merancang untuk mengadakan acara lain di Lapangan Terbang Haneda pada masa hadapan. Butiran mereka akan diumumkan apabila disahkan.
- Maklumat mengenai pameran yang akan datang dalam siri itu, termasuk nama lapangan terbang penganjur, akan dikemas kini apabila disahkan.

Untuk butiran lanjut,
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M105685/201909251284/
_prw_PA1fl_ne0X67v3.pdf

Sumber: Pejabat Muzium Japan Media Arts Distributed

http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=12635

No comments:

Post a Comment