Friday, March 26, 2021

ACARA TAHUNAN POPULAR OLEH BUNKA FASHION GRADUATE UNIVERSITY AKAN DIADAKAN SECARA DALAM TALIAN BUAT PERTAMA KALINYA

TOKYO, 26 Mac, 2021 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

- "Festival Dalam Talian BFGU ‘Pendefinisian Semula’" Generasi Masa Depan Jilid 3 Dikeluarkan –

Bunka Fashion Graduate University (BFGU), sebuah sekolah siswazah profesional di Jepun, telah melancarkan "Generasi Masa Depan Jilid 3", kandungan utama bagi acara dalam talian "Festival Dalam Talian BFGU 'Pendefinisian Semula'." Ini adalah persembahan dalam talian yang pertama bagi "Minggu Fesyen Bunka Fashion Graduate University (BFGU FW)" yang menarik lebih daripada 4,000 orang pelawat dari industri fesyen pada setiap tahun.

Pertunjukan fesyen itu oleh Bahagian Penciptaan Fesyen BFGU adalah satu koleksi bagi jenama-jenama yang dilancarkan di mana sebilangan besar pereka muda masa kini mengambil bahagian sebelum ini. Selain itu, jurusan Bahagian Pengurusan Fesyen juga membentangkan kajian mengenai fesyen lestari, satu bidang yang mendapat perhatian lebih mendalam di dalam industri itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Lihat sahaja kuasa baharu bagi pelajar siswazah di dalam era "Norma Baharu."

ACARA TAHUNAN POPULAR OLEH BUNKA FASHION GRADUATE UNIVERSITY AKAN DIADAKAN SECARA DALAM TALIAN BUAT PERTAMA KALINYA

No comments:

Post a Comment