Wednesday, March 17, 2021

NIPPON EXPRESS (MALAYSIA) MEMPEROLEH PENSIJILAN GDP UNTUK PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN DALAM NEGERI

TOKYO, 16 Mac, 2021 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

 
Nippon Express (Malaysia) Sdn, Bhd. (kemudian dari ini, “NE Malaysia”), sebuah anak syarikat tempatan bagi Nippon Express Co., Ltd. yang berpangkalan di Tokyo, telah memperolehi pensijilan Amalan Pengedaran Baik (GDP) berkuat kuasa pada Khamis, 14 Januari, 2021 untuk Cawangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mereka, sekaligus membuktikan pematuhan mereka dengan piawaian bagi pengedaran farmaseutikal yang betul semasa menyediakan pengangkutan di Malaysia.

Logo:
https://kyodonewsprwire.jp/img/202103031782-O2-TB8U8CcK
 
Pemandangan luaran bagi Cawangan KLIA NE Malaysia:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M103866/202103031782/_prw_PI1fl_Vokdye6L.jpg

 
Peningkatan kadar upah dan taraf hidup telah menjadikan penduduk Malaysia semakin peka terhadap kesihatan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dan pembuatan farmaseutikal adalah satu sektor pertumbuhan baharu yang ingin dikembang dan dibangunkan oleh kerajaan negara itu. Kerajaan Malaysia juga berusaha untuk menjadikan pensijilan halal JAKIM* bagi farmaseutikal sebagai satu standard global, dan permintaan yang lebih tinggi untuk logistik farmaseutikal halal di pasaran Muslim adalah dijangkakan.

NE Malaysia telah dikontrakkan untuk menyediakan kepada hospital-hospital di Malaysia dengan perkhidmatan pengedaran farmaseutikal dan, dengan Pusat Logistik Klang dan Cawangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur mereka telah menunjukkan kesuaian mereka dengan standard kualiti bagi logistik peralatan perubatan dengan mendapatkan pensijilan GDPMD, syarikat itu telah meningkatkan pengendalian mereka bagi peralatan perubatan.

Pendekatan sedemikian adalah untuk membolehkan Nippon Express untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat bagi perkhidmatan logistik yang terjamin dan selamat bagi farmaseutikal yang diperakui halal, dan dengan itu dapat menyumbang kepada pembangunan masyarakat Muslim.

Nippon Express akan terus meningkatkan perkhidmatan mereka untuk memenuhi keperluan pengangkutan farmaseutikal yang lebih canggih dan pelbagai dan meningkatkan usaha mereka bagi pihak industri farmaseutikal, yang ditempatkan sebagai sebuah industri keutamaan dalam Rancangan Perniagaan Kumpulan Nippon Express itu. Syarikat itu juga akan berusaha untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan berkualiti tinggi yang memanfaatkan sepenuhnya kerjasama dengan rangkaian global Kumpulan itu yang luas.

*JAKIM: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, sebuah badan perakuan halal di dalam kerajaan Malaysia

- Profil bagi kemudahan
Nama: Nippon Express (Malaysia) Sdn, Bhd. Cawangan KLIA
Alamat: Lots A-10 & 11, Kompleks Penghantar Kargo Malaysia Airlines
Zon Komersial Percuma KLIA, Zon Selatan
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 64000
Sepang, Selangor, Malaysia
 
Laman web Nippon Express: http://www.nipponexpress.com/
 
Akaun LinkedIn Rasmi: NIPPON EXPRESS GROUP
https://www.linkedin.com/company/nippon-express-group/
 
 
Sumber: Nippon Express Co., Ltd. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14363

No comments:

Post a Comment