Wednesday, March 24, 2021

DYADIC DAN MEDYTOX AKAN MEMBANGUNKAN VAKSIN TERHADAP VARIAN COVID-19

· Memperluas kerjasama penyelidikan vaksin COVID-19 yang bermula pada Julai 2020.
· Medytox dan Dyadic akan bekerjasama untuk membangunkan vaksin dan/atau dos tambahan (booster) COVID-19 didayakan C1, yang akan mengimunkan orang ramai terhadap dua atau lebih varian COVID-19 semasa dan pada masa akan datang (contohnya, vaksin COVID-19 tetravalen atau kuadrivalen)
· Lesen eksklusif untuk Republik Korea dan beberapa negara Asia Tenggara, jika berjaya
· Protokol pengeluaran untuk menghasilkan vaksin daripada C1 telah berjaya dipindahkan dan dihasilkan semula di Medytox

JUPITER, Fla., 24 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Dyadic International, Inc. (“Dyadic”, “kami” atau “Syarikat”) (NASDAQ: DYAI), sebuah syarikat bioteknologi global yang berfokus pada peningkatan, penggunaan dan pengerahan platform pengeluaran protein sel C1 proprietarinya, bagi mempercepat pembangunan, mengurangkan kos pengeluaran dan meningkatkan prestasi vaksin biologi dan terapeutik pada skala komersial yang fleksibel, mengumumkan hari ini bahawa Syarikat mereka sedang memperluas perkongsiannya dengan Medytox, Inc. (“Medytox”) dari Korea Selatan, sebuah syarikat biofarmaseutikal global yang menghasilkan jualan di lebih kurang 60 buah negara. Dyadic dan Medytox akan bekerjasama membangunkan vaksin dan/atau dos tambahan (booster) COVID-19 yang dikeluarkan C1, yang jika berjaya, akan digunakan untuk mengimunkan orang ramai terhadap dua atau lebih varian COVID-19 semasa dan pada masa akan datang. Projek ini akan dapat menyediakan bekalan tempatan khusus, untuk membantu dalam memerangi COVID-19, di rantau ini.

Dr.  Gi-Hyeok Yang, Naib Presiden Eksekutif Kanan dan Ketua Penyelidikan dan Pembangunan di Medytox menyatakan, “Kami sangat teruja untuk memperluas kerjasama dengan Dyadic dan platform teknologi C1 mereka untuk bekerjasama dalam membangunkan vaksin COVID-19 yang dikeluarkan C1”. Menurut Dr. Yang lagi, “Kami telah bekerjasama secara rapat dengan Dyadic sejak Julai 2020, semasa kami mendapat akses kepada platform ekspresi C1 mereka dan merasai kepelbagaian dan produktiviti tinggi platform C1 yang menakjubkan. Berdasarkan pengalaman kami dan membandingkan platform teknologi C1 dengan beberapa platform ekspresi lain seperti CHO dan sel serangga, kami percaya sistem ekspresi C1 yang diterbitkan daripada fungus adalah teknologi yang paling realistik untuk membangunkan dan menghasilkan vaksin multivalen (iaitu, trivalen dan tetravalen) dengan cepat dan berpatutan, terhadap virus mutan COVID-19 tanpa memerlukan kemudahan bioreaktor yang berskala besar. Medytox yakin platform teknologi C1 boleh memainkan peranan penting dalam membantu untuk memerangi COVID-19, yang mungkin akan terus kekal seperti influenza bermusim dan memerlukan suntikan vaksin varian COVID-19 setiap tahun. Kami tidak sabar untuk mendapatkan pengalaman tambahan dengan teknologi C1 kerana teknologi C1 berpotensi untuk digunakan dalam membangunkan dan menghasilkan pelbagai vaksin, ubat dan produk biologi lain selain COVID-19. Sebagai sebuah syarikat biofarmaseutikal, dengan pelbagai produk komersial yang berjaya, kami tidak sabar untuk memanfaatkan penyelidikan dan pembangunan kelas dunia kami yang telah terbukti serta keupayaan pengkomersialan untuk membawakan vaksin varian COVID-19 dikeluarkan C1 baharu yang berpotensi dengan pantas ke pasaran, bagi memerangi penyakit berjangkit yang berbahaya ini.”

Mark Emalfarb, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Dyadic berkata, “Untuk menjayakan usaha global membanteras pandemik semasa, kita perlukan cara yang lebih berkesan, berpatutan dan fleksibel untuk membangunkan dan menghasilkan vaksin di peringkat global, yang boleh menghentikan penyebaran COVID-19. Di Dyadic, kami mendengar amaran awal daripada komuniti saintifik dan, seawal tahun 2015, kami bekerjasama dengan pakar kesihatan manusia dan haiwan Eropah dalam Inisiatif Persediaan Jangkaan Zoonosis (Zoonosis Anticipation Preparedness Initiative, ZAPI). Pada tahun 2018, kami memperluas usaha ini, bagi membangunkan platform ekspresi gen C1 kami untuk digunakan dalam memudahkan tindak balas yang pantas, terlaras dan praktikal menangani kemunculan penyakit berjangkit.” En. Emalfarb berkata lagi, “Jika kita ingin mencapai masa depan yang lebih baik, kita mesti mengurangkan atau menghapuskan risiko pandemik pada masa akan datang, dengan bertindak sekarang dan melabur dalam penyelidikan dan pembangunan untuk mengoptimumkan strategi dan teknologi pemvaksinan dan ubat. Ramai saintis global, industri dan agensi kerajaan percaya platform C1 meletakkan Dyadic sebagai rakan kongsi pilihan untuk pengeluaran vaksin dan ubat generasi seterusnya dalam kuantiti yang banyak dan murah, termasuk vaksin COVID-19, influenza dan vaksin lain.”

DYADIC DAN MEDYTOX AKAN MEMBANGUNKAN VAKSIN TERHADAP VARIAN COVID-19

No comments:

Post a Comment