Friday, March 19, 2021

SURI RUMAH MENANG KERETA HONDA HRV DALAM KEMPEN 'SIMPAN DAN MENANG LEBIH KAW KAW' BANK MUAMALAT

TANAH MERAH, Kelantan, 19 Mac (Bernama) -- Seorang suri rumah dari Tanah Merah, Kelantan membawa pulang sebuah kereta Honda HRV setelah muncul pemenang suku tahunan bagi kategori Cabutan Emas dalam Kempen Simpan dan Menang Lebih Kaw Kaw’ Bank Muamalat.

Pemenang berusia 61 tahun itu, Zawiah binti Mahmood, telah menerima hadiah beliau dari  Pengurus Wilayah Pantai Timur Bank Muamalat, Nik Mohd Hashim Abdul Hamid dan Pengurus Cawangan Bank Muamalat Tanah Merah, Tengku Sharifah Mastura Syed Ali di kediamannya.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata,  Kempen ‘Simpan dan Menang Lebih Kaw Kaw’ adalah sejajar dengan komitmen Bank Muamalat untuk memupuk tabiat menyimpan dalam kalangan masyarakat, di samping membolehkan pelanggan menikmati ganjaran menarik untuk memenuhi keperluan mereka, terutama ketika ekonomi dijangka pulih susulan pandemik COVID-19.”

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Puan Zawiah di atas kemenangan beliau. Kempen Simpan dan Menang Lebih Kaw Kaw’ yang diadakan untuk tahun kedua berturut-turut berlangsung selama setahun bermula 1 Ogos 2020 hingga 31 Julai 2021 dan menyasarkan pertumbuhan nilai deposit sebanyak RM400 juta,” kata Khairul.

No comments:

Post a Comment