Wednesday, March 24, 2021

PENDEKATAN "BEHAVIOURAL INSIGHTS" MAMPU MENINGKATKAN KECEKAPAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM - KSN

PETALING JAYA, 24 Mac (Bernama) -- Persidangan Kebangsaan “Behavioural Insights” dengan tema “Memacu Penyampaian Dasar Awam yang Cekap” telah dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada 23 Mac 2021. Persidangan ini dianjurkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) secara maya.

Persidangan yang dihadiri oleh lebih 2,000 orang peserta daripada sektor awam dan swasta telah berjaya mencapai objektifnya dalam memberi pemahaman yang lebih mendalam mengenai pendekatan Behavioural Insights (BI) dalam penggubalan dasar awam seterusnya membawa kepada penyampaian dasar dan peraturan yang lebih cekap.

Pendekatan BI dalam penggubalan dasar awam, mendalami corak tingkah laku manusia dan teras kepada tingkah laku dalam merangka intervensi dasar. Ia merupakan satu pendekatan yang sistematik di mana intervensi melalui fasa percubaan dan pengumpulan data yang terperinci sebelum dikuatkuasa.

Tan Sri Mohd Zuki bin Ali, dalam ucapan pembukaan beliau berkata, “Salah satu komitmen utama Kerajaan adalah untuk meningkatkan kualiti penyampaian dasar-dasar awam agar rakyat dan komuniti perniagaan dapat meneruskan kelangsungan hidup dan operasi perniagaan. Penggubalan dasar yang berkualiti dan penambahbaikan dasar sedia ada adalah salah satu usaha dalam mencapai tujuan ini.”

PENDEKATAN "BEHAVIOURAL INSIGHTS" MAMPU MENINGKATKAN KECEKAPAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM - KSN

No comments:

Post a Comment