Tuesday, March 23, 2021

KUMPULAN T.Y. LIN INTERNATIONAL, SEBUAH JENAMA TERKEMUKA DI DALAM KUMPULAN DAR, MENGAMBIL TIM RISBRIDGER UNTUK MEMPERCEPATKAN PERTUMBUHAN DI DALAM SEKTOR PENERBANGAN DAN SAINS & TEKNOLOGI MERENTASI RANTAU ASIA PASIFIK

 

Tim Risbridger, Kumpulan T.Y. Lin International, Sektor Penerbangan dan Sains & Teknologi, Rantau Asia Pasifik (Foto: Business Wire)

SAN FRANCISCO, 23 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kumpulan T.Y. Lin International (Kumpulan TYLI), sebuah firma perundingan infrastruktur perkhidmatan lengkap yang diiktiraf di seluruh dunia, mengalu-alukan Tim Risbridger, yang telah diambil untuk mempercepatkan pertumbuhan Penerbangan dan Sains & Teknologi kami di Rantau Asia Pasifik (APAC). Berpangkalan di Singapura, Risbridger akan menyokong aktiviti pembangunan perniagaan dan pengurusan akaun di dua sektor pasaran yang pesat berkembang ini memandangkan pengalaman beliau yang mendalam dan kejayaan merentasi Infrastruktur dan Bangunan. Sebagai menyokong Kumpulan Dar, syarikat induk Kumpulan TYLI, beliau akan membangunkan dan mengetuai program pelanggan yang memanfaatkan pelbagai keupayaan dan portfolio lengkap bagi jenama-jenama Kumpulan Dar, termasuk Currie & Brown, Kumpulan Integral, Landrum & Brown, Penspen, Perkins&Will, dan T.Y. Lin International untuk mewujudkan penyelesaian yang unggul dan berbeza bagi kepentingan pelanggan di rantau APAC.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210322005299/en/

Risbridger akan melapor kepada Niek Niëns, Ketua Pegawai Operasi bagi Kumpulan TYLI, Rantau APAC. Risbridger akan juga menjadi sebahagian daripada pasukan pembangunan perniagaan global bagi Kumpulan Dar, yang diketuai oleh Catherine Tobiasinsky, Ketua Pegawai Pertumbuhan bagi Kumpulan Dar.

Dalam peranan beliau, Risbridger akan memainkan satu peranan penting di dalam memberi tindak balas terhadap permintaan bagi penyelesaian yang lestari, berdaya tahan, dan maju dari segi teknologi di sektor Penerbangan dan Sains & Teknologi. Ini termasuk memanfaatkan sepenuhnya keupayaan gabungan Kumpulan Dar sebagai Pemimpin Global di dalam Penerbangan, serta satu peluang yang semakin meningkat di sektor-sektor pakar seperti pusat-pusat misi kritikal, taman sains dan teknologi, dan Net Zero dan infrastruktur lestari.

Risbridger menyertai Kumpulan TYLI dengan memiliki lebih 30 tahun pengalaman di dalam pembangunan pasaran, operasi, dan pengurusan dan reka bentuk projek untuk perniagaan Arcadis di Asia, Timur Tengah, dan United Kingdom. Peranan kepimpinan beliau termasuk mengetuai sektor Infrastruktur Serantau di Timur Tengah dan Asia dan mengetuai perniagaan di Abu Dhabi, Oman, dan Singapura. Sebagai Ketua bagi Singapura, beliau menyelia operasi merentasi semua unit perniagaan, termasuk perancangan strategik, inisiatif pertumbuhan dan kepelbagaian, dan inovasi dan transformasi digital, yang melonjak ke seluruh Rantau Asia Tenggara. Beliau adalah juga merupakan seorang ahli Pasukan Kepimpinan Asia.

Risbridger telah memegang peranan utama dalam beberapa program lapangan terbang terbesar di dunia, termasuk Lapangan Terbang Chek Lap Kok, Hong Kong, Heathrow London, Terminal 5, United Kingdom, Lapangan Terbang Antarabangsa Ratu Alia, Jordan, dan Lapangan Terbang Changi, Singapura. Sepanjang tiga tahun terakhir, beliau adalah merupakan Ketua Akaun untuk dua pelanggan Teknologi global dan menyelia pengurusan projek bagi sebuah kemudahan Penyelidikan Sains di Singapura.

“Bagi pihak Kumpulan T.Y. Lin International dan Kumpulan Dar, saya ingin mengalu-alukan Tim ke pasukan Penerbangan dan Sains & Teknologi kami untuk Rantau Asia Pasifik,” kata Niëns. “Tim memiliki rekod perkhidmatan yang mantap untuk melaraskan dan memimpin akaun pelanggan yang berjaya dan pasukan penyampaian projek dalam projek penerbangan, hartanah, infrastruktur, sains & teknologi, dan projek marin yang berskala besar. Beliau telah membangun dan merangsangkan pasukan-pasukan yang bermotivasi yang mengutamakan keperluan pelanggan dan pihak berkepentingan. Peranan baharu Tim menyokong strategi Kumpulan Dar untuk mencapai matlamat pertumbuhan kami melalui inovasi, kecemerlangan teknikal, kerjasama, dan tumpuan kepada pelanggan merentasi semua jenama terkemuka dan pakar kami.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14384

No comments:

Post a Comment