Thursday, March 25, 2021

PUSAT UNTUK PENYAKIT JARANG JUMPA PRA MELANCARKAN KIT ALAT UNTUK MENGENAL PASTI DAN MENGURANGKAN RISIKO KEPADA PROGRAM KLINIKAL PENYAKIT JARANG JUMPA

 Kit peralatan empat bahagian yang berfokuskan pesakit tersedia untuk dimuat turun secara percuma dan membolehkan penaja mengenal pasti risiko kepada kecekapan dan kejayaan percubaan mereka



RALEIGH, N.C., 25 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- PRA Health Sciences (NASDAQ: PRAH) mengumumkan pelancaran Kit Alat Pembangunan Percubaan Mengutamakan Pesakit hari ini, kini tersedia untuk penaja pembangunan klinikal yang berfokus pada penyakit jarang jumpa. Dibangunkan oleh Pusat untuk Penyakit Jarang Jumpa PRA dengan kerjasama Jawatankuasa Penasihat Penyakit Jarang Jumpa (RDAC) PRA dan pihak berkepentingan pesakit lain, kit alat ini merangkumi empat sumber digital yang direka bentuk untuk mengurangkan risiko yang sering berlaku dalam percubaan klinikal penyakit jarang jumpa. Kit peralatan ini juga memperkenalkan dan mengukuhkan amalan baharu yang mengutamakan pesakit yang menggalakkan penyertaan percubaan.

Kit Alat Pembangunan Mengutamakan Pesakit tersedia secara percuma dan boleh dimuat turun pada https://prahs.com/insights/patient-centric-trial-development-toolkit.

“Tujuan utama kit alat ini adalah untuk memberikan panduan kepada penaja untuk mengambil pendekatan yang lebih mengutamakan pesakit dalam membangunkan percubaan klinikal,” kata Scott Schliebner, MPH, Naib Presiden Kanan, Pusat untuk Penyakit Jarang Jumpa di PRA Health Sciences. “Contohnya, kit alat ini merangkumi alat penilaian risiko yang boleh digunakan oleh pasukan pembangunan klinikal untuk mengenal pasti kecekapan sesebuah program klinikal. Risiko yang dikenal pasti biasanya merupakan beban dunia sebenar bagi peserta dan alat ini menyediakan strategi pengurangan risiko dan penyelesaian untuk dipertimbangkan oleh penaja.”

Pakar penyakit jarang jumpa PRA dan ahli RDAC mengenal pasti satu jurang dalam ketersediaan peralatan berstruktur untuk melaksanakan pendekatan mengutamakan pesakit dalam pembangunan klinikal penyakit jarang jumpa. Pesakit, penyokong dan pemimpin industri dalam penyakit jarang jumpa bekerjasama dan berunding dengan PRA untuk membangunkan empat bahagian Kit Alat Pembangunan Percubaan Mengutamakan Pesakit:
  • Alat Penilaian Risiko Protokol Mengutamakan Pesakit: Alat interaktif berasaskan hamparan yang membolehkan penaja untuk mengenal pasti kemungkinan risiko, menjejak evolusi penilaian risiko melalui peringkat proses pembangunan dan mengenal pasti strategi pengurangan yang mungkin berlaku.
  • Alat Tinjauan Beban Penyertaan Pantas: Panduan pembangunan soal selidik yang mudah digunakan yang membantu penaja dan penyokong pesakit untuk membangunkan tinjauan pantas untuk pesakit dan penjaga yang disuaikan dengan konteks khusus percubaan klinikal mereka. Tujuan alat ini adalah untuk membantu penaja untuk menyatakan kuantiti risiko kepada program klinikal tersebut melalui penglibatan pesakit secara langsung.
  • Dosir Nilai Penglibatan Pesakit: Alat ini menggariskan bukti penglibatan ROI/manfaat dalam proses pembangunan percubaan bermula daripada bahan bertulis yang masih wujud dan menyediakan kajian kes berilustrasi daripada Pusat untuk Penyakit Jarang Jumpa PRA.
  • “Perkara untuk ditanya apabila anda berminat dalam percubaan klinikal: Panduan untuk Pesakit dan Penjaga Penyakit Jarang Jumpa”: Membantu peserta prospektif untuk mengenal pasti halangan kepada penyertaan yang mungkin dialami mereka dan meminta sokongan yang diperlukan mereka untuk mendaftarkan diri dan kekal dalam percubaan.
“Pesakit dan percubaan penyakit jarang jumpa menghadapi cabaran unik berbanding mereka yang berada dalam kumpulan indikasi yang lebih umum,” kata Tracy Dixon-Salazar, PhD, Pengarah Penyelidikan & Strategi di Yayasan LSG, ahli RDAC. “Sebagai penyokong pesakit jarang jumpa, saya menghargai perhatian ikhlas yang diberikan PRA kepada pesakit dan penjaga keluarganya. Dalam berkongsi sumber ini dengan penjaga dan komuniti penyakit jarang jumpa, PRA mengambil satu lagi langkah dalam menjadikan penyelidikan klinikal lebih mudah diakses dan memastikan pesakit dan keluarga mereka ialah keutamaan semasa membangunkan program percubaan klinikal.”

“PRA sangat berdedikasi untuk mendahulukan pengalaman pesakit,” kata Terry Jo Bichell, Pengasas & Pengarah COMBINEDBrain, Ahli RDAC. Bercakap kosong dan memberikan janji manis kepada pesakit adalah sesuatu yang mudah, tetapi PRA, kami benar-benar berusaha memahami perkara yang dilalui pesakit dan keluarga mereka dalam menjadi sebahagian daripada percubaan klinikal. Walaupun semasa pesakit menginginkan rawatan baharu, menyertai percubaan tetap memberikan tekanan, menakutkan dan mengambil masa. PRA sedang mencuba untuk memahami dan menambah baik perkara itu.”

Walaupun Kit Alat Pembangunan Percubaan Mengutamakan Pesakit sememangnya menumpukan pada pengurangan beban terhadap pesakit untuk menyertai penyelidikan klinikal, terdapat juga beberapa manfaat penting untuk penaja seperti mengelakkan kos signifikan yang berkaitan dengan ketidakcekapan, kadar ciciran percubaan yang tinggi, pemindaan protokol dan tidak berkemampuan untuk menyiapkan percubaan pada masanya.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kepentingan pendekatan mengutamakan pesakit dalam pembangunan klinikal atau memuat turun kit alat ini, lawati https://prahs.com/centers/center-for-rare-disease/trial-development-toolkit.

Untuk maklumat lanjut tentang Pusat untuk Penyakit Jarang Jumpa, sila lawati https://prahs.com/centers/center-for-rare-disease.

Perihal PRA Health Sciences

PRA Health Sciences merupakan salah sebuah organisasi penyelidikan kontrak global utama melalui pendapatan, menyediakan pembangunan klinikal yang disumber luar dan perkhidmatan penyelesaian data kepada industri bioteknologi dan farmaseutikal. Platform pembangunan klinikal global PRA merangkumi lebih daripada 75 pejabat merentas Amerika Utara, Eropah, Asia, Amerika Latin, Afrika, Australia dan Timur Tengah dan kira-kira 19,000 pekerja di seluruh dunia. Sejak tahun 2000, PRA telah mengambil bahagian dalam kira-kira 4,000 percubaan klinikal di seluruh dunia. Selain itu, PRA mengambil bahagian dalam percubaan penting atau sokongan yang berjaya memperoleh kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubatan A.S. atau pengawal selia antarabangsa untuk lebih 95 ubat. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang PRA, sila lawati www.prahs.com.

PERTANYAAN PELABUR: InvestorRelations@prahs.com 

PERTANYAAN MEDIA: Laurie Hurst, Sr. Pengarah, Komunikasi dan Perhubungan Awam
hurstlaurie@prahs.com | +1 (919) 786-8435

SUMBER : PRA Health Sciences, Inc.

No comments:

Post a Comment