Tuesday, March 30, 2021

STIBO DX BEKERJASAMA DENGAN SOPHI.IO, MENGUKUHKAN AUTOMASI PADA PLATFORM PENERBITAN CUE

 TORONTO, 29 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Stibo DX dan Sophi.io bekerjasama untuk menyepadukan Sophi, alat automasi, ramalan dan pengoptimuman The Globe and Mail, ke dalam platform penerbitan Stibo DX iaitu CUE. Sophi akan menjadi sambungan natif dalam antara muka pengguna CUE. “Sebagai platform penerbitan yang terbuka dan boleh dilanjutkan, CUE bertujuan untuk disepadukan dengan alat daripada kelas terbaik. Enjin Sophi AI daripada pelanggan jangka masa lama Stibo DX iaitu The Globe and Mail adalah alat sedemikian. Sophi membolehkan pengguna CUE membuat keputusan kandungan yang lebih bijak berdasarkan data dan cerapan masa nyata,” kata Mark van de Kamp, Ketua Pengawai Inovasi Stibo DX. Sophi.io adalah suit penyelesaian AI, termasuk Sophi Automation yang menghimpun kandungan secara berautonomi untuk mengoptimumkan halaman web, dan Sophi Analytics yang menyediakan sokongan pembuatan keputusan kepada bilik berita dan penerbit kandungan. Pasukan Sophi membangunkan Sophi Score selaras dengan setiap klien untuk memastikan setiap kandungan secara betul mencerminkan nilai yang disumbangkan kepada hasil perniagaan yang pelanggan inginkan, seperti meningkatkan penukaran, kesetiaan dan keterlibatan. Semua keupayaan ini akan tersedia pada pangkalan pelanggan global Stibo DX tidak lama lagi sebagai sambungan tambahan yang lancar. “Sebagai penerbit yang berpengalaman selama bertahun-tahun bekerja dengan Stibo DX, The Globe and Mail memahami keperluan kedua-dua Stibo DX dan pelanggannya,” kata Phillip Crawley, Penerbit dan CEO The Globe and Mail. “Kerjasama baharu antara Stibo DX dengan Sophi ini dibina pada pemahaman tersebut dan menawarkan penggunaan yang mudah, automasi yang canggih dan analisis ramalan kepada ramai pelanggan CUE seluruh dunia, daripada organisasi media kepada jenama yang memfokuskan kandungan.” “The Globe and Mail merupakan pelanggan Stibo DX yang berharga selama lebih daripada dua dekad. Dimensi baharu kerjasama kita dibina pada asas yang kukuh,” kata En. van de Kamp. Pada tahun 2017, The Globe telah mengehoskan persidangan pengguna Stibo DX di ibu pejabat mereka di Toronto, Kanada. “Penglibatan The Globe and Mail dengan komuniti CUE sentiasa dihargai. Kami sangat bangga untuk meneruskan kerjasama dan memperkuat platform CUE dengan teknologi yang merubah keadaan ini,” kata En. van de Kamp. Perihal Stibo DX Stibo DX (https://www.stibodx.com/) ialah syarikat di sebalik penyelesaian CMS dan DAM CUE untuk syarikat media dan penerbit jenama di seluruh dunia. Sejak 1979, Stibo DX merupakan rakan kerjasama teknologi utama bagi beberapa syarikat media terbesar di dunia, termasuk The New York Times, Gannett, Axel Springer, Times of India, dan The Economist. Perihal Sophi.io Sophi.io (https://www.sophi.io) telah dibangunkan oleh The Globe and Mail untuk membantu penerbit kandungan membuat keputusan strategik dan taktikal yang penting. Sophi merupakan suit alat dikuasakan AI yang merangkumi Sophi Automation dan Sophi for Paywalls, serta Sophi Analytics, sistem sokongan keputusan untuk penerbit kandungan. Sophi direka bentuk untuk meningkatkan metrik yang paling penting untuk perniagaan anda, seperti pengekalan dan pemerolehan, keterlibatan, kekinian, kekerapan dan volum pelanggan. http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14404

No comments:

Post a Comment