Tuesday, March 9, 2021

MEGAZONECLOUD DAN HYUNDAI MOTOR COMPANY MELANCARKAN PLATFORM PERKHIDMATAN MEDIA BAHARU DI AWAN UNTUK MENYAMPAIKAN PENGALAMAN DIGITAL BAHARU BAGI PELANGGAN GLOBAL

SEOUL, Korea Selatan, 8 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- MegazoneCloud, sebuah penyedia perkhidmatan terurus awan terkemuka yang berpangkalan di Korea Selatan, telah mengumumkan satu kerjasama dengan Hyundai Motor Company (KRX: 005380) untuk melancarkan sebuah platform perkhidmatan media baharu ‘Saluran Hyundai’ bagi menyediakan satu pengalaman pelanggan digital dan saluran komunikasi baharu di tengah-tengah pandemik global.

Sebelum ini, pada 15 September lalu, Hyundai Motor Company telah melancarkan Saluran Hyundai, yang merupakan satu aplikasi interaktif untuk TV pintar yang menampilkan kandungan multimedia yang membolehkan pelanggan untuk mengalami jenama itu melalui sebuah antara muka digital. Aplikasi itu menyediakan tiga kategori — Secara Langsung, TV dan Model dengan lebih banyak ciri-ciri yang akan ditambah pada masa akan datang. Saluran Hyundai telah menyediakan penstriman langsung untuk tayangan perdana bagi Hyundai Tucson 2021 yang serba baharu dan pelancaran Sel Bahan Bakar XCIENT, trak tugas berat sel bahan bakar pertama yang dihasilkan secara besar-besaran di dunia pada 14 Oktober, 2020. Dengan saluran ini, Hyundai Motor akan dapat menyampaikan beratus-ratus kandungan video berjenama berkualiti tinggi yang meningkatkan pengalaman digital kepada pelanggan di seluruh dunia.

Sejak awal lagi, Hyundai Motor mereka bentuk Saluran Hyundai sebagai sebuah kerangka yang dioptimumkan untuk awan dan beralih dari platform media legasi dan bergandingan dengan MegazoneCloud, yang menyediakan kepakaran di dalam kedua-dua perkhidmatan media awan dan digital. Kedua-dua pasukan itu mengurangkan dengan ketara masa ke pasaran dan menyampaikan sebuah perkhidmatan pelbagai platform yang dapat mengalirkan kandungan dinamik kepada sejumlah penonton global yang semakin meningkat.

“Saluran Hyundai telah direka di awan untuk menyampaikan satu pengalaman digital yang lancar dan mendalam mengenai kenderaan dan kandungan kami kepada pelanggan global kami. MegazoneCloud telah membantu kami membina dengan jayanya platform ini daripada reka bentuk awal sehingga kepada pelaksanaan,” kata seorang wakil Hyundai Motor.

“Perniagaan di seluruh dunia diminta untuk menggunakan perkhidmatan video untuk mengubah pengalaman pelanggan di dalam penjualan, pemasaran, latihan dan banyak bidang bagi operasi perniagaan,” kata Willy Cho, Ketua Pegawai Eksekutif bagi MegazoneCloud. “Kami sangat gembira untuk membantu Hyundai Motor Company untuk melancarkan sebuah platform perkhidmatan penstriman video global di AWS dengan garis masa pelancaran perkhidmatan yang dapat dikurangkan dengan ketara dan peningkatan nilai kepada pelanggan global.”

MegazoneCloud sedang mempercepatkan pengembangan mereka ke pasaran Asia seperti Jepun, Hong Kong dan Vietnam, dengan didorong oleh kejayaan mereka baru-baru ini dalam mengumpulkan $122 juta pembiayaan Siri B. Syarikat itu menyediakan perkhidmatan perundingan media digital dan sebuah platform pengurusan video berasaskan awan, CloudPlex Media, untuk membantu pelanggan membolehkan keupayaan penglibatan pelanggan digital baharu yang semakin popular semasa pandemik COVID-19 itu.

Maklumat mengenai MegazoneCloud

MegazoneCloud, yang berpangkalan di Seoul, Korea Selatan telah memulakan perniagaan mereka di Hong Kong. MegazoneCloud memperkasakan pelanggan dengan teknologi yang mengoptimumkan awan, pengguna, dan proses dengan menyediakan perkhidmatan perundingan dan penyelesaian teknologi bagi penerimaan awan perniagaan dan transformasi digital berasaskan kepada satu perkongsian yang kukuh dengan Amazon Web Services (AWS) dan lebih 100 rakan teknologi global. Dengan pelbagai kes penggunaan dari migrasi awan yang mudah kepada projek penggunaan yang paling kompleks, MegazoneCloud diyakini oleh lebih 3,000 pelanggan, dari syarikat permulaan kepada perusahaan besar termasuk Samsung, LG, dan Kumpulan Lotte. Lebih-lebih lagi, kepakaran teknikal yang mendalam dan bertahun-tahun pengalaman bekerja dengan pelanggan dengan saiz dan industri yang berbeza membuktikan bahawa MegazoneCloud adalah rakan perundingan utama terbesar bagi AWS di Asia Pasifik. Di luar Korea, MegazoneCloud sedang memperluaskan perniagaan ke pasaran global di Palo Alto, Tokyo, Shanghai, Hanoi dan Hong Kong. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari  www.megazone.com/us/.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14327

No comments:

Post a Comment