Monday, February 7, 2022

LEDDARTECH MENGUMUMKAN USD 140 JUTA DALAM PEMBIAYAAN SERIES D DIGABUNGKAN DENGAN FASILITI HUTANG

Pembiayaan terkini menyokong usaha pertumbuhan dan pembangunan LeddarTech yang dipercepatkan untuk penyelesaian automotif gabungan sensor dan persepsi proprietarinya yang unik.

QUEBEC CITY, 7 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, syarikat peneraju global dalam menyediakan teknologi penderiaan ADAS dan AD yang paling fleksibel, teguh dan tepat, dengan sukacitanya mengumumkan pusingan pembiayaan yang berjaya dengan pelaburan sebanyak AS$ 140J, yang terdiri daripada penutupan pertama Series D sebanyak AS$ 116J dan fasiliti hutang sebanyak AS$ 24J.

FS Investors mengetuai pusingan pembiayaan dengan penyertaan Investissement Québec, BDC Capital, Go Capital, dana tertentu yang diuruskan oleh Fidelity Investments Canada ULC, Fonds de solidarité FTQ, Export Development Canada, ams OSRAM, Desjardins Capital, UI Investissement, Cowen Investment II LLC dan pengurusan LeddarTech yang lain. Fasiliti hutang dijamin dengan Desjardins Group.

Pelaburan ini akan mempercepatkan pembangunan dan pengkomersialan bagi penyelesaian LeddarTech. Di samping itu, LeddarTech akan menggunakan dana tersebut untuk meningkatkan sumber kejuruteraan bagi memenuhi permintaan daripada pelanggan automotif OEM dan Tahap 1-2 global yang terlibat secara aktif dengan syarikat untuk penyelesaian gabungan sensor dan penderiaan persepsi.

"Keputusan kami untuk bekerjasama dengan LeddarTech bermula dengan pengenalan kami kepada pasukan pengurusan kanan korporat. Secara individu, pasukan kanan mempunyai pengalaman yang lama dalam industri teknologi. Selain itu, ramai yang telah bekerja dengan syarikat teknologi automotif dan penderiaan global utama," ujar Nick Stone, pengasas dan rakan kongsi FS Investors. "Proses usaha wajar yang meluas dan pengesahan pelanggan yang kukuh mengesahkan bahawa penyelesaian unik LeddarTech adalah yang terbaik dalam pasaran untuk membuka kunci penggunaan besar-besaran bagi ADAS dan AD dengan memecahkan pergantungan perisian biasa terhadap perkakasan dalam penderiaan," menurut En. Stone, menyimpulkan bahawa : "Penyelesaian LeddarTech, yang dipanggil LeddarVision™, menyediakan kefleksibelan kepada pelanggan untuk menskala dengan pantas bagi semua model kenderaan dan menyampaikan ke pasaran dengan lebih pantas dengan prestasi yang lebih baik pada kos yang lebih rendah."

"Kejayaan pusingan ini adalah bukti pertumbuhan dan pengiktirafan industri yang telah dicapai oleh LeddarTech. Saya berbesar hati untuk mengalu-alukan FS Investors sebagai pelabur terkini kami, yang membawa pengalaman dan kepakaran luas dalam sektor teknologi terkawal," kata Charles Boulanger, Ketua Pegawai Eksekutif LeddarTech. "Saya kagum dengan kualiti dan ketelitian usaha wajar mereka dan pemahaman luar biasa mereka terhadap pasaran ADAS dan AD, yang mengesahkan nilai bagi penyelesaian perisian unik kami. Saya dan pasukan kami berharap dapat bekerjasama dengan FS Investors, pelabur baharu kami yang lain dan rakan kongsi kami yang sedia ada untuk membolehkan pelanggan kami menggunakan penyelesaian ADAS dan AD kami yang boleh dipercayai dan berkesan kos bagi semua jenama dan pasaran mereka," kata Encik Boulanger.

Cowen dan Desjardins Capital Markets bertindak sebagai penasihat bersama dalam pusingan pelaburan ini.

Perihal LeddarTech

Diasaskan pada tahun 2007, LeddarTech telah berubah menjadi sebuah syarikat penderiaan persekitaran hujung ke hujung yang menyeluruh dengan membolehkan pelanggan menyelesaikan cabaran penderiaan, gabungan dan persepsi yang kritikal di seluruh rantaian nilai. Syarikat tersebut menawarkan penyelesaian yang berkesan kos dan boleh skala seperti LeddarVision™, gabungan penderia data mentah dan platform persepsi yang menjana model persekitaran 3D yang menyeluruh dengan konfigurasi berbilang penderia untuk menyokong autonomi penuh Tahap 2+ hingga Tahap 5. Platform ini boleh skala untuk menyokong semua tahap automasi kenderaan. Selain itu, LeddarTech menyokong pembuat LiDAR dan penyepadu sistem automotif Tahap 1-2 dengan LeddarSteer™, peranti stereng palang digital dan penyelesaian pembangunan LiDAR XLRator untuk pembangunan LiDAR keadaan pepejal gred automotif berasaskan LeddarEngine™ dan komponen teras daripada rakan kongsi semikonduktor global. Syarikat ini bertanggungjawab ke atas beberapa inovasi dalam aplikasi penderiaan jauh automotif dan mobiliti yang canggih, dengan lebih daripada 100 teknologi berpaten (diluluskan atau menunggu kelulusan) meningkatkan keupayaan ADAS dan pemanduan berautonomi.

Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh diakses di www.leddartech.com dan di LinkedInTwitterFacebook dan YouTube. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15533

No comments:

Post a Comment