Thursday, February 10, 2022

TOSHIBA MENGELUARKAN IC PEMACU GET MOSFET BAHARU YANG AKAN MEMBANTU UNTUK MENGURANGKAN JEJAK PERANTI

 



- Siri TCK42xG menyokong sambungan belakang ke belakang MOSFET saluran N luaran -

KAWASAKI, Jepun, 9 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) telah mengeluarkan “TCK421G” untuk talian kuasa 20V sebagai produk pertama dalam “Siri TCK42xG” mereka yang baharu bagi IC pemacu get MOSFET. Peranti di dalam siri itu dikhaskan untuk kawalan voltan get bagi sebuah MOSFET saluran N luaran, berdasarkan kepada voltan input, dan mempunyai satu fungsi sekatan voltan lampau. Penghantaran secara besar-besaran bermula hari ini.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini
https://www.businesswire.com/news/home/20220208005552/en/

TCK421G sesuai untuk mengkonfigurasikan litar pemultipleks kuasa atau litar suis beban yang dilengkapi dengan penyekatan arus balikan, yang digabungkan dengan satu
 sambungan belakang ke belakang bagi MOSFET saluran N luaran. Ia menggabungkan sebuah litar pam cas yang menyokong pelbagai voltan input, daripada 2.7V sehingga 28V, dan membekalkan voltan yang stabil kepada voltan sumber get bagi MOSFET luaran dengan operasinya yang terputus-putus. Ini membolehkan penukaran bagi arus besar.

Ditempatkan di dalam sebuah pakej WCSP6G
[1], satu daripada yang paling kecil di dalam industri[2] itu, TCK421G merealisasikan pemasangan berketumpatan tinggi dalam peranti kecil, seperti peranti boleh pakai dan telefon pintar, sekali gus membantu mengurangkan jejak mereka.

Toshiba akan terus membangunkan Siri TCK42xG dan merancang untuk memperkenalkan enam versi kesemuanya. Sekatan voltan lampau Siri TCK42xG itu akan menyokong satu voltan input 5V hingga 24V. Dua jenis voltan keluaran get, 5.6V dan 10V, akan disediakan, untuk voltan sumber get berbeza di dalam MOSFET luaran. Sekatan voltan lampau dan voltan keluaran get boleh dipilih, mengikut peranti pengguna.

Nota:
[1] 1.2mm x 0.8mm
[2] Antara IC pemacu get MOSFET. Tinjauan Toshiba, setakat Februari 2022.

Penggunaan

  • Barang boleh pakai
  • Telefon pintar
  • Komputer buku, tablet
  • Peralatan penyimpanan, dsb.
Ciri-ciri bagi siri baharu itu
  • Tetapan voltan sumber get (5.6V, 10V) bergantung kepada voltan input dengan satu litar pam cas terbina dalam
  • Sekatan voltan lampau menyokong 5V hingga 24V
  • Arus MATI input rendah: IQ(OFF)= 0.5μA (maksimum) @VIN=5V, Ta= -40 hingga 85°C

No comments:

Post a Comment