Friday, February 18, 2022

PROGRAM CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY (CSR) BOOK CHARITY FOR NEEDY : 5,973 BUKU SUMBANGAN KELUARGA HASIL KEPADA PERPUSTAKAAN MINI PUSAT KOMUNITI MASYARAKAT KOTA ANGGERIK

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Bagi menyemai minat dan memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) telah mengumpul dan menyumbangkan sebanyak 5,973 bahan bacaan kepada Perpustakaan Mini Pusat Komuniti Masyarakat Kota Anggerik melalui Program Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility - CSR) yang diadakan pada hari ini.

Majlis Penyerahan Book Charity For Needy kepada YB Tuan Mohd Najwan bin Halimi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik telah berlangsung pada jam 11.00 pagi bertempat di Perkarangan Dewan Rujukan, Pusat Sumber Ibu Pejabat HASiL, Menara Hasil Cyberjaya. Sebanyak 5,973 bahan bacaan meliputi pelbagai kategori dan bidang termasuk Pengurusan, Rujukan Peperiksaan (UPSR, PT3, SPM, STPM, UPKK), Fiksyen Dewasa, Fiksyen Kanak-Kanak, Motivasi, Sukan, Agama Islam dan lain-lain telah disumbangkan kepada Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kota Anggerik yang kemudiannya akan diserahkan kepada perpustakaan mini berkenaan. 

No comments:

Post a Comment