Saturday, February 26, 2022

LIGHTCON MENGUMUMKAN PELANCARAN RASMI 'RISE OF STARS' (ROS)




SEONGNAM, Korea Selatan, 25 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
Rise of Stars (ROS), sebuah permainan mudah alih baharu yang dibangunkan oleh LightCON, yang merupakan anak syarikat WEMADE MAX (Ketua Pegawai Eksekutif Bersama: Hyunguk Chang, Gilhyung Lee) (KOSDAQ: 101730), telah dilancarkan secara rasmi pada 25 haribulan.

Dilancarkan di lebih 170 buah negara di seluruh dunia kecuali Korea, China, dsb., permainan itu menyokong lapan bahasa termasuk bahasa Inggeris, Cina Tradisional dan Portugis. Ia boleh dimuat turun melalui Google Play dan Apple App Store.

Permainan blok rantai 4x tulen ini bukan sahaja menampilkan perang besar-besaran masa nyata tetapi juga kapal perang dan planet yang direka dengan teliti yang ditempatkan di alam semesta yang luas.

Permainan itu juga menampilkan ‘Silthereum,’ satu token permainan baharu yang boleh digunakan di dalam permainan itu. Silthereum dibayar sebagai ganjaran untuk pertempuran berskala besar, seperti pertempuran menakluki planet dan pertempuran kongres, dan pengguna boleh mendapatkan token ini melalui perlombongan atau rampasan dengan menggunakan Pengangkut Kapal Perang. Disebabkan ini, satu perjuangan sengit ke atas Silthereum dijangka berlaku di kalangan pengguna.

ROS juga menyediakan sistem Pengangkut Kapal Perang NFT termaju. Pengangkut Kapal Perang, yang merupakan teras bagi ekosistem token, membawa sejumlah besar kapal perang. Item permainan ini memberikan pelbagai manfaat buff atau menjadikan sesuatu elemen lebih berkuasa kepada kapal perang.

Khususnya, melalui dua prajualan Pengangkut Kapal Perang NFT yang diadakan dari 27 Januari, 1504 Pengangkut Kapal Perang telah habis dijual dalam hanya satu minit selepas dibuka.

NFT prajualan itu pada masa ini didagangkan di kalangan pengguna pada harga 15 kali lebih tinggi daripada harga jualan awal, menunjukkan tahap jangkaan pengguna yang tinggi bagi ekosistem token ROS. Dalam jangka panjang, pelbagai kandungan baharu, seperti perkhidmatan pemancangan, akan dibangunkan dan disediakan untuk pengembangan dan penubuhan ekosistem token itu.

Untuk menandakan pelancaran rasmi ROS, beberapa acara telah bermula hari ini termasuk satu acara untuk menjemput rakan-rakan dan satu acara untuk mencapai satu tahap permainan tertentu. Melalui acara itu, sejumlah enam juta token Silthereum akan disampaikan bersama Pengangkut Kapal Perang percuma untuk satu tempoh terhad.

Rujukan

Wemade menawarkan sebuah platform blok rantai global, WEMIX, di mana permainan bagi semua genre boleh diubah menjadi permainan blok rantai. Banyak permainan pada masa ini sedang diservis di WEMIX, dan ia berhasrat untuk servis 100 permainan di mana mata wang utama adalah Token WEMIX sebelum akhir tahun 2022.
 
Pautan video: https://youtu.be/83Y0HxXDl-U 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15604

No comments:

Post a Comment