Thursday, February 10, 2022

NIELSENIQ: 60% DARIPADA PELANCARAN SEMULA PRODUK TIDAK MEMBUAHKAN HASIL

NielsenIQ BASES memperkenalkan satu produk baharu untuk membantu jenama kekal relevan.
BASES Renovator ialah satu penyelesaian berinovatif yang membantu jenama kekal mendahului pesaing mereka.

CHICAGO, 10 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Di seluruh dunia, lebih daripada 230,000 produk baharu dilancarkan setiap tahun, bagaimanapun, hanya 8% daripada pengguna komited dengan jenama semasa mereka, menurut penyelidikan NielsenIQ. Untuk kekal relevan dalam persekitaran persaingan ini yang sentiasa berubah, jenama-jenama perlu menyesuaikan diri atau menghadapi risiko untuk hilang bahagian pasaran mereka. Walau bagaimanapun, jika jenama-jenama menunggu terlalu lama untuk berkembang, ia mungkin sudah terlambat.

NielsenIQ sentiasa menginovasikan penawaran produk mereka bagi menyediakan kepada pelanggan dengan wawasan yang boleh diambil tindakan yang membolehkan mereka membuat keputusan yang cekap dan bermaklumat. Kami tahu bahawa 60% daripada pelancaran semula tidak pulih daripada arah aliran menurun mereka, justeru kami telah membangunkan satu penyelesaian baharu yang berinovatif yang akan menyediakan kepada jenama dengan analisis yang komprehensif dan wawasan yang lebih pantas untuk membantu mereka menyesuaikan produk sedia ada mereka kepada arah aliran pengguna dan faktor pasaran yang pelbagai.

NIELSENIQ: 60% DARIPADA PELANCARAN SEMULA PRODUK TIDAK MEMBUAHKAN HASIL

No comments:

Post a Comment