Tuesday, February 22, 2022

UNIPLAT OLEH UNIFY PLATFORM AG DAN GROUP OF NATIONS MENGUMUMKAN PAKATAN PERNIAGAAN MENYEDIAKAN LEBIH BANYAK PENDEDAHAN UNTUK PENYELIDIK DAN USAHAWAN DI SELURUH DUNIA

YOKOHAMA, Jepun, 22 Feb., 2022 /Kyodo JBN-Asianet/ --

- Memperkenalkan Halaman Eksklusif UNIPLAT pada Platform Penerbitan Group of Nations -

UNIPLAT, platform dalam talian (*) yang pertama di dunia untuk penyelidik dan usahawan yang telah dibuka sejak September 2021, dan Group of Nations, penerbit berdaftar paling lama bagi sidang kemuncak global (sidang kemuncak G7, G20, B20, W20, G20 YEA, dan APEC), mengumumkan satu pakatan perniagaan pada 22 Februari dengan melancarkan halaman eksklusif UNIPLAT di dalam platform penerbitan Group of Nations. Halaman eksklusif UNIPLAT itu dipaparkan untuk memperkenalkan penyelidik dan usahawan dari seluruh dunia bukan sahaja kepada universiti atau syarikat tetapi juga kepada kerajaan dan institusi kerajaan bagi negara-negara anggota sidang kemuncak global itu.
(*) Berdasarkan pada hasil carian Google.

Platform penerbitan Group of Nations: https://www.groupofnations.com/
Muka depan Group of Nations:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M106816/202202157380/_prw_PI2fl_m536V3u2.png


Prebiu bagi halaman eksklusif UNIPLAT di dalam platform penerbitan Group of Nations
(Imej daripada tapak pembangunan):
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M106816/202202157380/_prw_PI1fl_rHRJ1F3E.png


Halaman eksklusif UNIPLAT itu adalah seperti satu peluang untuk melihat muka depan laman web UNIPLAT. Pelawat boleh melihat lakaran kecil itu dan perihal kandungan yang dimuat naik di UNIPLAT, kedudukan penyelidik bulanan dan syarikat yang sedang mengambil bahagian di UNIPLAT. Dengan purata 4 juta paparan halaman dari 64 buah negara bagi setiap laporan sidang kemuncak yang diterbitkan pada platform penerbitan Group of Nations, halaman eksklusif UNIPLAT itu akan dapat mempamerkan secara terbuka banyak penyelidikan dan hasil kajian yang mungkin kurang terdedah kepada dunia.

UNIPLAT OLEH UNIFY PLATFORM AG DAN GROUP OF NATIONS MENGUMUMKAN PAKATAN PERNIAGAAN MENYEDIAKAN LEBIH BANYAK PENDEDAHAN UNTUK PENYELIDIK DAN USAHAWAN DI SELURUH DUNIA

No comments:

Post a Comment