Thursday, February 3, 2022

SANDBOX MEMPEROLEH PLAYKIDS, SATU DARIPADA PLATFORM DIDIK HIBUR KANAK-KANAK TERKEMUKA DI BRAZIL, UNTUK MENGUKUHKAN KEDUDUKAN MEREKA DALAM RUANG PEMBELAJARAN DALAM TALIAN GLOBAL

Aplikasi PlayKids (lebih 4 Juta pengguna) dan Leiturinha (langganan kelab buku bulanan kanak-kanak dengan lebih 200,000 pelanggan) akan kini menjadi sebahagian daripada portfolio Sandbox & Co. yang berkembang pesat. (Grafik: Business Wire)


Pemilik majoriti PlayKids, Movile, akan menyertai Sandbox sebagai pemegang saham minoriti; Ketua Pegawai Eksekutif PlayKids akan mengetuai pengembangan Sandbox ke Amerika Latin

LONDON & CAMPINAS, Brazil, 3 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sandbox & Co, sebuah penyedia produk dan perkhidmatan pembelajaran digital yang berpangkalan di London, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperoleh PlayKids, sebuah platform pendidikan digital terkemuka di Brazil.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220201005943/en/

PlayKids menyediakan kandungan video, buku dan pengalaman ePembelajaran melalui dua jenama teras: aplikasi PlayKids, sebuah platform video atas permintaan yang memenangi anugerah untuk kanak-kanak berumur 2-6 tahun dan Leiturinha, satu daripada perkhidmatan langganan buku kanak-kanak terbesar di rantau itu.
 
Pemilik majoriti PlayKids, Movile, sebuah pelabur jangka panjang dalam syarikat teknologi Amerika Latin, akan menjadi sebuah pelabur minoriti dalam Sandbox. Perniagaan yang disokong oleh Prosus itu mempunyai kehadiran yang ketara dalam ekosistem teknologi dan pelaburan Brazil dan telah menerajui pelbagai pusingan pelaburan untuk peneraju industri seperti iFoodSinch dan Zoop.

No comments:

Post a Comment